16 September 2009

perbezaan manusia dengan benda hidup...

manusia dapat membezakan sesuatu sama ada baik atau buruk walaupun manusia boleh dimasukkan dalam kumpulan haiwan dan mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri haiwan.
selain daripada memenuhi keprluan harian dan bertindak mengikut nafsu dan rangsangan,manusia mempunyai keperluan dari segi rohani dan kepuasan mental.
jadi,manusia memenuhi keperluan rohani menerusi agama.

manusia juga dapat berfikir dan membuat keputusan dengan menimbangkan perasaan dan kepentingan diri,orang lain dan tuhan.
waalupun bukan semua keputusan manusia adalah sempurna,tetapi keputusan tersebut adalah keputusan yang paling kurang kelemahan.
jadi,manusia mempunyai kebebasan di bawah bantasan.

08 September 2009

hari ini 09.09.09......

adakah hari ini bermakna untuk saya?

sebenarnya,hari apa pun tidak mempengaruhi saya.
kerana saya menghargai setiap hari dengan menggunakannya dengan bermakna - penuh nilai murni dan mengawal diri daripada jebak dunia ini.

adakah saya merupakan seseorang yang bosan dan terlalu bermoral serta baik hati?
kerana saya selalu dianggap ketinggalan zaman dan mudah 'dipijak' oleh orang lain termasuk budak di tempat kerja saya.

adakah saya perlu mengubah stail dan cara hidup saya?
saya masih berada dalam proses pencarian dan prosedur memastikan kesesuaian sesuatu cara dengan kebenaran hidup.

saya rasa beban di kepala semakin berat kerana terlalu banyak menggunakan akal.
keadaan ini seperti:nombor 9 - berat di bahagian kepala dan ringan pula pada bahagian kaki.
hal ini disebabkan saya kurang menyenangkan diri dan kekurangan keyakinan diri.

mungkin saya terlalu memaksa diri sendiri!
harap-harap saya mampu bebas dan mempunyai ruang kosong seperti:nombor 0.

tapi,bebas tersebut adalah bebas jenis bertanggungjawab.
haiz!saya membebankan diri lagi!

02 September 2009

muka surat baru dalam kehidupan saya.

setelah saya telah berjaya dalam temu duga bagi pembantu pembangunan masyarakat dalam jabatan kebajikan masyarakat,kehidupan saya telah diberi peluang untuk hidup semula.
selepas kursus induksi khusus,saya ditempatkan di rumah budak laki-laki tun abdul aziz,durian daun,melaka.

saya diberi peluang dan suasana untuk mendekati orang melayu(muslim),orang india dan kanak-kanak.
saya amat menghargai peluang yang diberi ini.
saya akan mengalaminya dengan ikhlas tanpa mengira lapisan,kaum,latar belakang,agama dan sebagainya.

di melaka yang digelar bandar bersejarah,saya menikmati suasana satu malaysia.
tempat yang pernah saya lawati ialah kapal portugis,gereja belanda,eye of malaysia,dataran pahlawan,masjid yang bercorak dan berbudaya cina dan sebagainya.

tugasan saya dalam sektor awan ini ialah menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak dalam institusi.
semua kakitangan diberi peluang untuk menjadi 'duty officer' seperti selaku 'duty manager' dalam sektor swasta.
satu 'kelebihan' sektor awan ialah sistem borang yang bersistematik.

harap-harap muka surat baru ini akan meninggalkan warna-warni dalam kehidupan saya.

pelacur agama?pengkhianat agama?

saya neutral dalam soal agama.
jadi saya bebas untuk mendekati apa jua agama di sekitar tempat yang saya berada.

yang saya tidak dapat menerima dan kurang senang hati ialah upacara agama dan peraturan-peraturan yang dianggap sebagai kebenaran.
tapi,saya sangat suka mendekati ajaran dan fahaman dalam kepelbagaian jenis agama di malaysia.

mungkin saya dalam proses mencari kebenaran.
kekurangan keselamatan dalaman juga merupakan salah satu sebab saya membuka diri dalam mengejar kebenaran dalam mendekati pelbagai jenis agama.

jadi,saya mudah diserang oleh pelbagai pihak agama kerana saya dianggap sebagai pengkhianat dan 'pelacur agama".
tapi,tujuan saya mendekati pelbagai jenis agama ialah meningkatkan nilai moral dan rohani diri sendiri.

saya tidak mahu mempengaruhi orang lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pihak di dunia ini.
harap-harap anda semua yang salah faham terhadap saya akan memaafkan dan cuba memerhati saya lebih dalam.
kamu akan menemui jati saya.