11 November 2009

seminar aids

saya akan menghadiri seminar tersebut pada 19/11/09 di hotel legend,kuala lumpur.
stigma dan diskriminasi kepada penagih dadah,mak nyah,gay,pesakit aids dan pekerja seks akan dibincangkan dalam seminar tersebut.
harap-harap saya dapat memperoleh faedah dan maklumat yang berguna menerusi seminar tersebut.

04 November 2009

kedudukan najib...

kedudukan najib semakin hari semakin kukuh.
beliau telah menunjukan kebolehan dan kehendaknya berubah dalam pelaksanaan slogan'! malaysia'.
mampukah beliau memecah rekod kemenangan yang cemerlang semasa bimbingan pak lah?
saya tidak tahu.

selepas itu,pak lah telah mengalami kekalahan yang teruk kerana gagal dalam pelaksanaan menghapuskan gejala rasuah dalam kerajaannya.
sama ada najib akan gagal dalam pelaksanaan dasar perubahannya menerusi slogan 'satu malaysia'?
saya tak rela untuk menjawabnya.
kerana ahli politik zaman kini semakin mahir dalam pelakonan.

saya bukan mengatakan najib sedang berlakon.
cuma rakannya dalam bn semakin mahir berlakon
contohnya:lakonan antara ong dengan chua.
hal ini telah menjatuhkan cermin mata rakyat malaysia terutamanya masyarakat cina kerana bermain dengan nilai moral.

harap-harap rakan-rakannya dalam bn mampu mengukuhkan kedudukan najib dan bukan menjatuhkan maruah beliau

tuhan,dewa,tenaga dan kuasa luar...?

apabila manusia mempunyai terlalu banyak soalan dan masalah yang dihadapi,mereka mula mencari tenaga luar dan kuasa lain untuk membantu mereka.
adakah semua ini wujud?

banyak orang hanya bergantung kepada kitab atau buku sucinya untuk mengesahkan kewujudan semua ini.
adakah cara ini betul?
sesetengah pula mendewakan manusia kerana perbuatan dan kelakuan beliau.
tindakan ini telah membesarkan dan memuliakan orang tersebut.

jadi,adakah semua ini betul?
anda dikehendaki menilainya sendiri!

kasih sayang dan cinta

manusia sesama manusia memang mempunyai kasih sayang dan cinta di antara mereka.
mana datangnya kasih sayang dan cinta tersebut?
aku tak tahu.
dari hati?
dari fikiran?
dari .......?
tapi,semua orang memerlukan dan mencurahkan sayang dan cinta.
itu yang saya tahu.

tapi,kadang-kala sayang dan cinta mendatangkan masalah dan kesan sampingan kepada manusia jika berlebihan.
adakah manusia masih waras apabila berhadapan dengan cinta dan kasih sayang?
adakah anda keliru apa itu sayang dan cinta?
mampukah anda membeza apa itu sayang dengan cinta?
semua ini perlulah anda mempertimbangkan sebelum anda berfelora dalam kasih sayang dan lautan cinta.

semoga selamat dalam lautan kasih sayang dan ombak cinta!

zarah-zarah!

segala kebendaan ini mempunyai zarah-zarahnya.
zarah-zarahnya mempunyai susunan san hukumnya sendiri.
tak kira benda tersebut dalam bentuk pepejal,cecair atau gas.
zarah-zarah tersebut bergetar sendiri dan berlanggar antara satu sama lain.

adakah zarah dapat dihapuskan?
saya tak tahu.
mana datangnya zarah-zarah?
saya tak reti jawapannya.
segala macam misteri yang belum diterokai oleh manusia terutamanya sainstis.

tenaga!

mana datangnya tenaga?
aku tak tahu.
adakah ia terhasil secara semula jadi?
saya tak reti jawapannya.
tetapi,tenaga mempunyai banyak kegunana dalam kehidupan.

tenaga tidak dapat dihapus.
tenaga akan bertukar daripada satu jenis kepada jenis yang lain.
tenaga akan kekal selama-lamanya.

apa akan berlaku jika satu tenaga besar berlanggar dengan satu tenaga yang sama kuat denganya?
adakah ia akan hapus atau menjadi berkali ganda kekuatannya?
saya akan mencari jawapan dengan menanya kawan saya yang suka mengkaji sains.

ruang!

adakah ruang itu merupakan kawasan kosong?
atau ia mempunyai keupayaan untuk menerima apa-apa sahaja yang mahu masuk ke dalamnya?
saya tak reti.

tapi,saya tahu banyak orang inginkan ruang terutamanya kaum lelaki.
ruang tersebut mendatangkan keamanan hati dan merupakan tempat selamat bagi semua lelaki.
tempat itu jarang dibenarkan untuk dimasuki oleh orang lain terutamanya kaum perempuan.

mungkinkah ia penuh dengan rahsia?
saya tak tahu kerana orang yang berlainan mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan ruang tersebut.

ruang angkasa juga merupakan ruang yang masih dikaji oleh semua saintis terutamanya lubang hitam.
adakah lubang hitam itu kosong?
kenapa ia mampu menyerap segala benda ke dalamnya?
apa yang berlaku terhadap benda yang diserapnya?
aku tak tahu bagaimana menjawabnya.
kerana ia susah untuk difahami seperti ruang yang diingini oleh kaum lelaki.

masa!

masa lalu tanpa kembali!
sama ada ia meninggalkan kesan atau tidak,anda tidak mampu mengubahnya.
yang anda dapat buat ialah menggunakan masa depan anda dengan bermakna.

adakah masa itu tanpa bantasan?
aku tak tahu.
tapi,yang aku tahu masa itu berjalan tanpa menunggu engkau.
jadi,hargailah masa anda!

permulaan dan kesimpulan

setiap cerita mempunyai permulaan dan kesimpualannya.pada peringkat permulaan sesuatu cerita tersebut adalah aman damai dan mudah difahami.

dalam perjalanan cerita,watak jahat mula muncul dan menimbulkan keadaan huru hara.oleh itu,kebanyakan klimak cerita datang dari perjalanan cerita.

demi menyempurnakan cerita dan mendatangkan pengajaran kepada pembaca atau penonton,cerita tersebut terpaksa berjalan dengan mengikut retak yang dapat diterima oleh orang ramai dengan pengakhiran yang gembira dan mementingkan unsur positif.

penilaian

penilaian agak penting dalam proses pemilihan dan pemilikan.
penilaian yang berbeza mendatangkan kesan yang berbeza.
dengan wujudnya penilain,manusia mampu membuat sesuatu keputusan dengan lebih berkesan dan tepat pada sasarannya.

akan tetapi,kebanyakan orang telah menggunakan penilaian kebendaan.
ini adalah kerana kebendaan mudah dikira,dilihat,disentuh dan dimiliki.

penilaian rohani susah dipegang dan dirasa.
kalau tiada kepercayaan,susah mahu menerima sesuatu yang tiada asas yang kukuh.
lagipun,rohani mudah dipengaruhi oleh perasaan dan emosi seseorang.

jadi,haraplah anda mampu membuat penilaian yang tepat dan tidak terlalu tersisir ke tepi.
carilah titik tengah dan kawasan keseimbangan demi kebaikan bersama!

01 November 2009

dunia ini.....

dunia ini indah tapi busuk.
indah dari segi hasilan pembuatan industri dan teknologi.
tetapi,kesan sampingan kemajuan teknologi dan industri pembuatan telah mendatangkan keburukan kepada semua manusia dan benda hidup di bumi.

selain itu,kejahilan dan kejahatan manusia telah mengancam keseimbangan alam semesta.
mereka telah lupa bahawa ekologi adalah salin bergantungan.

hubungan...

ini merupakan kaitan sesama manusia yang amat merumitkan.
kerana terdapat terlalu banyak jenis dan susah mahu menjelas isi tersirat dalamnya.
bagaimana kita mahu mengendalikan perkara yang rumit sebegini?
rumitnya seperti:ikatan tali dalam kain.

adakah gunting merupakan penyelesaian?
anda pilihlah alat untuk kaedah cuba-cuba.

teman seumur hidup

perempuan mudah diperolehi.
tapi,teman seumur hidup tidak mudah dijumpai.
lagipun,semakin hari semakin kurang perempuan berhati mulia.
hal ini disebabkan kebendaan telah menggaburi mata mereka.
golongan perempuan lebih mementingkan tampil diri dan mengabaikan memupuk nilai murni.
kerana penilaian kebanyakkan golongan lelaki juga berubah.

tidak mudah mencari teman hidup yang sehaluan.
terpaksalah merendahkan syarat dan pilihlah yang lebih mendekati diri.
adakah langkah ini berbaloi dan patut mengambil risiko?
saya tidak dapat memberi komen dan penilaian.
kerana saya berada dalam jalan serba salah.

berilah saya ruang dan masa untuk bernafas,bermikir,memeilih,menimbang......
kerana saya masih mempunyai hak untuk berbuat demikian.
lagipun,saya tidak percaya tiada pilihan lain.
biarlah masa dan tadbir tentukannya!

basikal saya

saya telah membeli sebuah basikal yang berharga rm180 pada hari selasa.
disebabkan kedudukan tempat duduk terlalu tinggi,otot saya berasa sakit.
jadi,saya akan menurun tempat duduk tersebut pada hari sabtu.

dengan adanya basikal,saya dapat menjimat lebih banyak masa.
saya tak pernah menggunakan begitu banyak wang sekali gus.
harap-harap basikal tersebut mampu memudahkan saya dan tidak membebankan saya.

sebenarnya kehidupan manusia merupai dengan hayat basikal.
sering dikuyah dan ditunjuk arah.
kalau mendapat tuan yang pandai mengurus dan menilai adalah baik untuk anda.
sebaliknya akan menyusahkan dan menyeksakan anda.
jadi,pandai-pandai anda membawa diri.

kaum,agama...

isu kaum dan agama sering berhubungkait dengan keamanan sedunia.
perhatikanlah peperangan yang berlaku di sesebuah negara!
kamu akan berasa hairan kenapa agama yang menyebarkan khabar keamanan akan mencetuskan tragedi yang tidak diingini.

sebenarnya semua manusia adalah sama.
sama sama mempunyai keperluan,keinginan,matlamat dan impian.
yang berbeza cuma warna,bahasa dan budaya.
adakah ini menghalang anda untuk mencapai kesatuan tak?

bagaimana dengan agama pula?
pelbagai agama pada masa kini penuh dengan upacara.
pemimpin dan guru agama juga suka menggunakan cara mengkaburkan mata penganut dan memuliakan sesuatu.
biarlah kita fikirkan adakah manusia sendiri yang menciptakan agama atau tuhan yang menciptakan manusia.

janganlah bertindak secara berbuta tuli kerana perbuatan tersebut akan membahayakan diri anda dan orang lain.
ingat!
manusia sebenarnya penuh dengan kelemahan dan kurang bersatu padu untuk menentang kuasa atau tenaga luar.

basikal terpakai!

basikal merupakan alat pengangkutan yang paling ringan dan mudah alih.
basikal menjimat kos dan tidak akan mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar.
tapi,basikal hanya sesuai untuk perseorangan dan bukan untuk sekeluarga.

pada masa kini,jarang orang menunggang basikal.
sebaliknya,hampir semua keluarga mempunyai kereta sejak pengeluaran kereta perodua yang bersaiz kecil.
penjualan motosikal dan basikal bermotor juga telah mengugat perjualan basikal.

setelah 2 bulan berjalan di kawasan melaka,saya bercadang untuk membeli sebuah basikal untuk meringankan saya.
kerana saya perlu berjalan 20minit atau 30 minit ke tempat sembahyang.
kalau pergi pusat beli belah,saya memerlukan 45 minit.
pilihan pertama saya ialah basikal terpakai.

tidak banyak kedai basikal yang saya jumpa di melaka.
saya hanya jumpa sebuah sahaja.
tapi,saya selalu tiada peluang untuk bertanya harganya kerana saya tidak mahu mengganggu tauke kedai pada awal pagi dan kedai tersebut tertutup pada hari ahad.
jadi,saya terpaksa berjalan sebelum memiliki basikal.

susah mahu......

susah mahu......
  • meluangkan perasaan atau perkataan yang berperasaan.
  • bergaul dengan orang ramai dengan hati yang terbuka.
  • menerima satu jenis agama sebagai prinsip saya.
  • mengekalkan kejujuran dalam perkarakecil kerana cuai dan tanpa berfikiran berpanjangan.
  • melihat seseorang dari jarah yang dekat.
  • menerima sesuatu yang keliru.
  • menerima satu suasana yang kacau bilau.
  • merima kawasan yang berdebu dan kotor.
  • banyak lagi...............!