07 Mac 2010

pemberitahuan pembaca laman blog saya!

saya akan menghentikan laman blog ini 'hidupneutral.blogspot.com'.
saya akan meneruskan laman blog 'jininglinneutral.wordpress.com'.

sila kunjungilah http:// jininglinneutral.wordpress.com

harga kepingan getah melambung!

banyak penduduk kampung baram bergiat semula untuk menoreh getah kerana kenaikan harga kepingan getah dari rm3.00 kepada rm6.00.

disebabkan pertambahan penoreh getah dan kepanasan matahari,susu getah semakin hari semakin berkurangan.

jadi,penoreh getah telah membahagikan ladang getah kepada 2 zon.

hari ini sini,besok sana.

06 Mac 2010

harga ayam dan telur telah menurun!

harga telur aa - rm8.40.9(TURUN 40-50 SEN)

a - rm8.20.

b - rm8.00

harga ayam beku - rm5.90.(dulu-rm7.50)

harga dada ayam - rm6.50.(dulu-rm8.80)

harga kaki dan sayap ayam kekal.

harga pahat ayam - rm6.70.

harga ayam hidup - rm5.60-5.80.(turun 20 sen)

sambutan pengguna kurang hangat dan persaingan harga antara penjual menyebabkan bilangan berlebihan terhasil selepas musim perayaan.

pada musim perayaan,keperluan meningkat 35%-40%.

sekarang turun 30%.

jualan tersebut diadakan di k&l industri s/b dan cck fresh market kawasan sibu,sarawak.

dap sarawak mempunyai ibu pejabat!

ibu pejabat tersebut didirikan di kuching setelah dap sarawak ditubuhkan selama 32 tahun.

bangunan tersebut akan dirasmikan pada 308.

sekarang,kuching semakin kukuh dalam pegangan dap terutamanya kawasan dun bandar kuching dan parlimen kuching.

selain itu,dun kindurong,bintulu juga merupakan satu-satunya kawasan kuat dap pada masa yang lalu.

adakah dap sarawak mampu menjatuhkan supp?

adakah dap mampu berkerjasama dengan pkr?

pkr boleh mendapat sambutan daripada penduduk bumiputra?

dap hanya memilik kawasan bandar dan cina untuk bertanding.

susahlah dap-pkr menubuhkan kerajaan pr di sarawak.

pada akhir bulan hingga permulaan bulan depan merupakan tempoh perbincangan mengenai kawasan undi setelah ditangguhkan atas sebab tahun baru cina.

punca rais yatim kekal berbahasa malaysia!

menteri komunikasi,budaya dan penerangan,rais yatim kekal menggalakkan semua orang melayu menggunakan bahasa malaysia-bahasa melayu dalam komunikasi harian.

beliau benci orang menggunakan bahasa rojak dan bahasa asing.

kerana menganggap perbuatan tersebut memalukan indentiti melayu atau wajak malaysia.

beliau begitu giat dan menegur orang disebabkan beliau telah dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu semasa di universiti.

al-islam minta maaf atas kesilapan...

nampahnya,wartawan sering mengejar kebenaran sehingga apa jua usaha pun dicurahkan.

tapi,adakah isi kandungan yang dilaporkan dalam terbitan tersebut adalah atas kebaikan islam tanpa mengira perasaan agama lain?

saya tak pasti kerana saya belum membaca artikel tersebut.

yang saya tahu ialah pengumuman pengagihan kepingan roti putih hanya untuk kristian yang sudah baptin sebelum upacara tersebut.

jadi,pihak lain tiada alasan untuk mengatakan bahawa mereka termakan secara tidak sengaja.

saya hairan dengan tajuk 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad' dalam permukaan majalah kerana perkara tersebut tiada bukti dan masih tidak ditukarkan tajuk yang lebih nyata dan jitu.

pilihanraya kerajaan tempatan pulau pinang!

kerajaan pulau pinang rasanya menggunakan kaedah cuba-cuba dengan suruhanjaya pilihan raya.

mereka terpaksa berbuat demikian atas janjian semasa pr-12 dan tekanan ngo selama 2 tahun.

akankah mereka berjaya?

rasanya banyak halangan di hadapan.

tapi,ada permulaan adalah baik.

kalau ada langkah seterusnya lagi bagus.

kalau berjaya,bahagianlah rakyat jelata.

kuasa kerajaan pun akan kukuh di pegangan.

2 hari sebelum hari 308!

ingan tak hari ini dalam tahun lepas?

kita mendengar ceramah politik sebelum pr-12.

nampah banyak penderma membuat sumbangan untuk membantu calon pilihanraya pkr-pas-dap.

banyak ahli ngo dan aktivis telah muncul untuk membantu dalam penarikan sokongan.

kita menantikan hari undi.

kita takut harga minyak naik.

kita tak nak harga barang naik selepas pilihanraya.

......

gempa bumi!!!

pada tahun ini,terdapat 3 kejadian gempa bumi dalam 3 bulan ini.

kejadian tersebut berlaku di haiti,chile dan taiwan.

amat menyedikan dan menyedarkan manusia.

pastinya manusia masih sibuk kerja dan tugas masing-masing.

tanpa menyedari kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan manusia.

harap insan di tempat kejadian mampu menerusi hari yang susah dan menghadapi hari depan yang lebih cerah.

perarakan dan gula dap

perarakan tersebut diadakan semasa perarakan dewa-dewi pada 28 februari.

mereka mengagihkan gula dap kepada kanak-kanak.

ini adalah idea dan kreativiti ahli muda dap.

dua biji gula dibalut dengan kertas putih yang berlogo roket.

ahli-ahli dap mengambil tanglung dap dan van mereka digantung bendera dap.

ini adalah kali pertama saya melihat fenomena tersebut.

umno tidak akan masuk sarawak selagi......

pbb mendapat sambutan hangat daripada rakyat sarawak.

tapi,sesetengah pihak telah menyimpan papan umno secara gelap di kuching dan sibu pada tahun lalu.

lagipun,ppp telah masuk sarawak.

mereka inginkan sarawak kerana sarawak merupakan simpanan tetap bn.

walaupun janji tersebut diberi oleh najib semasa beliau menghadiri mesyuarat agung pbb pada 3 march tahun ini.

tindakan mereka ialah kaedah cuba-cuba.

harap-harap sarawak mampu mengekalkan tradisi dan keunikannya kerana sabah telah dimasuki umno.

mesyuarat untuk penolong daftar pilihanraya

mesyuarat tersebut akan diadakan pada 11 dan 12 bulan ini.

nampahnya,penyediaan mendaftar pengundi dan pilihanraya akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

ramalan saya ialah pilihanraya dun sarawak ialah selepas bulan jun iaitu:antara july 2010 hingga tahun depan.

cukai barangan jualan (gst)

cukai ini akan menguntungkan golongan kaya raya dan sederhana.

bagi golongan miskin,matilah engkau.

pada masa dulu,cukai yang dikenakan ke atas golongan kaya ialah cukai pendapatan,cukai kerjaan dan cukai perkhidmatan.

golongan miskin tidak akan dikenakan cukai jika tidak membeli makan dan memperolehi perkhidmatan seperti:kfc,hotel.

kali ini,tak sama lagi jika pelaksaan gst dilaksanakan.

kerajaan malaysia juga akan beruntung banyak.

tapi,siapa mampu mengawasi pengguanaan wang tersebut?

banyak penyelewengan berlaku daripada penggunaan terhadap rakyat jelata.

janganlah bermimpin mahu menjadikan negara kita menjadi negara berpendapatan tinggi sebelum betul-betul menaikkan gaji dan pendapatan rakyat.

sukma 2010 melaka dan world cup!

96 ke hari sukma 2010 melaka.

97 ke hari world cup 2010 south afrika.

kali ini,rtm akan menyiar siaran langsung badi kedua-dua acara sukan.

pastinya,banyak pekerja akan memohon cuti dan kekurangan tidur untuk memonton.

subsidi bagi minyak ron 95,97 dan diesel

minyak ron 95 - 39 sen.

97 -16.57 sen.

diesel -32.12 sen

jerebu berlaku di miri,sarawak!

jerebu kali ini berlaku disebabkan penduduk dan petani yang tidak bertanggungjawab.

mereka mementingkan kepentingan dan tanaman sendiri.

mereka membakar tanah dan hutan untuk menyuburkan tanah sebelum tanaman baru diadakan.

lagipun,musim panas ini juga mudah menyebabkan pembakaran hutan berleluasan.

penduduk sekeliling sudah rasa panas dan dahaga.

jangan merosakkan kesegaran udara!

susahlah pernafasan kita!

tahu tak!!!

pilihanraya semula mca!

akhirnya,hari ini akan tiba pada 28.3.2010.

semua dalam rancangan naib timbalan pengerusi,chua.

nampahnya,beliau akan berkuasa tidak lama lagi jika mendapat kepercayaan dan undian terbanyak.

tapi,skadal video dan moral akan menjadi halangan beliau tak?

ada siapa yang lebih berkemampuan lagi tak?

tak tahulah saya!

harap-harap lakonan dan aksi drama lama jangan dipanjangkan lagi!

ppp menjadi parti berdikari?

ppp akan menarik 30000 orang ahli yang mendaftar menjadi pengundi sebelum jun ini demi memperolehi persetujuan bn sarawak menerima mereka sebagai parti politik.

sebelum ini,mereka mempunyai 8840 orang ahli sarawak.

mereka tidak akan memaksa bn sarawak menerima mereka kerana setakat ini mereka dalam proses pertubuhan.

mereka juga tidak akan menyertai pilihanraya dun sarawak kali ini.

mereka akan kekal berdikari sebelum matlamat dicapai.

sebenarnya,siapa ketua dan kesahihan ppp masih menunggu keputusan mahkamah.


krisis atau pembersihan dalaman pkr?

semakin banyak ahli pkr keluar parti!

saya rasa ini bukan kerja pembersihan dalaman pkr.

kerana ahli pkr keluar secara peribadi dan sukarela.

mereka bukan dipaksa atau dihukum.

mereka keluar parti dengan tidak puas hati dengan adanya alasan masing-masing.


krisis ini berlaku disebabkan oleh jawatankuasa displin kurang berkuasa dan berkemampuan bertindak mengikut isu semasa.

kedua ialah kualiti ahli pkr tidak terjamin kerana sistem pemilihan kemasukan ahli terlalu longgar.

ketiga ialah terlalu bergantung kepada keputusan anwar ibrahim.

gabungan prs dengan spdp?

spdp kini terbahagi kepada 2 bahagian.

satu bahagian ingin bergabung dengan prs dengan secepat mungkin kerana bekas setiausaha diturunkan pangkat menjadi timbalan ketuaparti.

hal ini disebabkan ketua parti tidak mengikut janji untuk mengekalkan kedudukan semua ajk.

demi mengatasi masalah tersebut,ketua parti telah menukar ahli perunding dalam kumpulan rundingan perggabungan kedua-dua parti.

tapi,ketua parti prs lebih jawatankuasa lama dalam perundingan.

selain itu,mereka juga menukar logo mereka menjadi lebih moden.

nampahnya,keinginan ketua prs dan kumpulan rundingan lama ialah spdp masuk prs.

tapi,ketua dan bahagian lain spdp tidak akan setuju secara terburu-buru.

kerana banyak soal masih perlu dibincangkan seperti:kepentingan ahli-ahli bangsa cina,pembahagian jawatan,pembahagian kawasan undi dan sebagainya.

mana beras subsidi 15%?

sejak permulaan tahun 2010,rakyat lapisan miskin tidak dapat memperoleh beras bersubsidi lagi.

hal ini disebabkan kerajaan tidak berjaya menapis golongan mana yang boleh diberi bauncer beras bersubsidi.

golongan tersebut sudah menunggu 2 bulan,tapi belum ada lagi berita dan akhbar.

nasib baik,harga petrol dan elektrik tidak dinaikan seperti yang dicadangkan.

kalau tidak,bagaimana golongan miskin menghadapi ombak tersebut.

harap-harap beras tersebut dapat diagihkan di pasaran lagi!

rindulah kami terhadap beras bersubsidi!

05 Mac 2010

bila kolej laila taib jadi universiti?

ketua menteri sarawak mengatakan 3 hingga 4 tahun.
tapi,wakil rakyat sibu dan bekas pemilik kolej ucs,datuk wong soon koh mengatakan 2012 pada awalnya.(sebelum taib mahmud umum)
siapa betul,siapa silap?
nampahnya,tarikh bila kolej laila taib jadi universiti masih mengelirukan rakyat dan penduduk sarawak.
tapi,pastinya ialah antara 2012 hingga 2014!
awal atau lewat,lihatlah usaha dan kecekalan mereka.