29 Disember 2010

ajaran buddha dalam blog saya

kalau anda ingin belajar ajaran dan pendidikan buddha dalam versi bahasa melayu,
kunjungilah laman blog saya:

jininglinneutral.wordpress.com

07 Mac 2010

pemberitahuan pembaca laman blog saya!

saya akan menghentikan laman blog ini 'hidupneutral.blogspot.com'.
saya akan meneruskan laman blog 'jininglinneutral.wordpress.com'.

sila kunjungilah http:// jininglinneutral.wordpress.com

harga kepingan getah melambung!

banyak penduduk kampung baram bergiat semula untuk menoreh getah kerana kenaikan harga kepingan getah dari rm3.00 kepada rm6.00.

disebabkan pertambahan penoreh getah dan kepanasan matahari,susu getah semakin hari semakin berkurangan.

jadi,penoreh getah telah membahagikan ladang getah kepada 2 zon.

hari ini sini,besok sana.

06 Mac 2010

harga ayam dan telur telah menurun!

harga telur aa - rm8.40.9(TURUN 40-50 SEN)

a - rm8.20.

b - rm8.00

harga ayam beku - rm5.90.(dulu-rm7.50)

harga dada ayam - rm6.50.(dulu-rm8.80)

harga kaki dan sayap ayam kekal.

harga pahat ayam - rm6.70.

harga ayam hidup - rm5.60-5.80.(turun 20 sen)

sambutan pengguna kurang hangat dan persaingan harga antara penjual menyebabkan bilangan berlebihan terhasil selepas musim perayaan.

pada musim perayaan,keperluan meningkat 35%-40%.

sekarang turun 30%.

jualan tersebut diadakan di k&l industri s/b dan cck fresh market kawasan sibu,sarawak.

dap sarawak mempunyai ibu pejabat!

ibu pejabat tersebut didirikan di kuching setelah dap sarawak ditubuhkan selama 32 tahun.

bangunan tersebut akan dirasmikan pada 308.

sekarang,kuching semakin kukuh dalam pegangan dap terutamanya kawasan dun bandar kuching dan parlimen kuching.

selain itu,dun kindurong,bintulu juga merupakan satu-satunya kawasan kuat dap pada masa yang lalu.

adakah dap sarawak mampu menjatuhkan supp?

adakah dap mampu berkerjasama dengan pkr?

pkr boleh mendapat sambutan daripada penduduk bumiputra?

dap hanya memilik kawasan bandar dan cina untuk bertanding.

susahlah dap-pkr menubuhkan kerajaan pr di sarawak.

pada akhir bulan hingga permulaan bulan depan merupakan tempoh perbincangan mengenai kawasan undi setelah ditangguhkan atas sebab tahun baru cina.

punca rais yatim kekal berbahasa malaysia!

menteri komunikasi,budaya dan penerangan,rais yatim kekal menggalakkan semua orang melayu menggunakan bahasa malaysia-bahasa melayu dalam komunikasi harian.

beliau benci orang menggunakan bahasa rojak dan bahasa asing.

kerana menganggap perbuatan tersebut memalukan indentiti melayu atau wajak malaysia.

beliau begitu giat dan menegur orang disebabkan beliau telah dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu semasa di universiti.

al-islam minta maaf atas kesilapan...

nampahnya,wartawan sering mengejar kebenaran sehingga apa jua usaha pun dicurahkan.

tapi,adakah isi kandungan yang dilaporkan dalam terbitan tersebut adalah atas kebaikan islam tanpa mengira perasaan agama lain?

saya tak pasti kerana saya belum membaca artikel tersebut.

yang saya tahu ialah pengumuman pengagihan kepingan roti putih hanya untuk kristian yang sudah baptin sebelum upacara tersebut.

jadi,pihak lain tiada alasan untuk mengatakan bahawa mereka termakan secara tidak sengaja.

saya hairan dengan tajuk 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad' dalam permukaan majalah kerana perkara tersebut tiada bukti dan masih tidak ditukarkan tajuk yang lebih nyata dan jitu.

pilihanraya kerajaan tempatan pulau pinang!

kerajaan pulau pinang rasanya menggunakan kaedah cuba-cuba dengan suruhanjaya pilihan raya.

mereka terpaksa berbuat demikian atas janjian semasa pr-12 dan tekanan ngo selama 2 tahun.

akankah mereka berjaya?

rasanya banyak halangan di hadapan.

tapi,ada permulaan adalah baik.

kalau ada langkah seterusnya lagi bagus.

kalau berjaya,bahagianlah rakyat jelata.

kuasa kerajaan pun akan kukuh di pegangan.

2 hari sebelum hari 308!

ingan tak hari ini dalam tahun lepas?

kita mendengar ceramah politik sebelum pr-12.

nampah banyak penderma membuat sumbangan untuk membantu calon pilihanraya pkr-pas-dap.

banyak ahli ngo dan aktivis telah muncul untuk membantu dalam penarikan sokongan.

kita menantikan hari undi.

kita takut harga minyak naik.

kita tak nak harga barang naik selepas pilihanraya.

......

gempa bumi!!!

pada tahun ini,terdapat 3 kejadian gempa bumi dalam 3 bulan ini.

kejadian tersebut berlaku di haiti,chile dan taiwan.

amat menyedikan dan menyedarkan manusia.

pastinya manusia masih sibuk kerja dan tugas masing-masing.

tanpa menyedari kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan manusia.

harap insan di tempat kejadian mampu menerusi hari yang susah dan menghadapi hari depan yang lebih cerah.

perarakan dan gula dap

perarakan tersebut diadakan semasa perarakan dewa-dewi pada 28 februari.

mereka mengagihkan gula dap kepada kanak-kanak.

ini adalah idea dan kreativiti ahli muda dap.

dua biji gula dibalut dengan kertas putih yang berlogo roket.

ahli-ahli dap mengambil tanglung dap dan van mereka digantung bendera dap.

ini adalah kali pertama saya melihat fenomena tersebut.

umno tidak akan masuk sarawak selagi......

pbb mendapat sambutan hangat daripada rakyat sarawak.

tapi,sesetengah pihak telah menyimpan papan umno secara gelap di kuching dan sibu pada tahun lalu.

lagipun,ppp telah masuk sarawak.

mereka inginkan sarawak kerana sarawak merupakan simpanan tetap bn.

walaupun janji tersebut diberi oleh najib semasa beliau menghadiri mesyuarat agung pbb pada 3 march tahun ini.

tindakan mereka ialah kaedah cuba-cuba.

harap-harap sarawak mampu mengekalkan tradisi dan keunikannya kerana sabah telah dimasuki umno.

mesyuarat untuk penolong daftar pilihanraya

mesyuarat tersebut akan diadakan pada 11 dan 12 bulan ini.

nampahnya,penyediaan mendaftar pengundi dan pilihanraya akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

ramalan saya ialah pilihanraya dun sarawak ialah selepas bulan jun iaitu:antara july 2010 hingga tahun depan.

cukai barangan jualan (gst)

cukai ini akan menguntungkan golongan kaya raya dan sederhana.

bagi golongan miskin,matilah engkau.

pada masa dulu,cukai yang dikenakan ke atas golongan kaya ialah cukai pendapatan,cukai kerjaan dan cukai perkhidmatan.

golongan miskin tidak akan dikenakan cukai jika tidak membeli makan dan memperolehi perkhidmatan seperti:kfc,hotel.

kali ini,tak sama lagi jika pelaksaan gst dilaksanakan.

kerajaan malaysia juga akan beruntung banyak.

tapi,siapa mampu mengawasi pengguanaan wang tersebut?

banyak penyelewengan berlaku daripada penggunaan terhadap rakyat jelata.

janganlah bermimpin mahu menjadikan negara kita menjadi negara berpendapatan tinggi sebelum betul-betul menaikkan gaji dan pendapatan rakyat.

sukma 2010 melaka dan world cup!

96 ke hari sukma 2010 melaka.

97 ke hari world cup 2010 south afrika.

kali ini,rtm akan menyiar siaran langsung badi kedua-dua acara sukan.

pastinya,banyak pekerja akan memohon cuti dan kekurangan tidur untuk memonton.

subsidi bagi minyak ron 95,97 dan diesel

minyak ron 95 - 39 sen.

97 -16.57 sen.

diesel -32.12 sen

jerebu berlaku di miri,sarawak!

jerebu kali ini berlaku disebabkan penduduk dan petani yang tidak bertanggungjawab.

mereka mementingkan kepentingan dan tanaman sendiri.

mereka membakar tanah dan hutan untuk menyuburkan tanah sebelum tanaman baru diadakan.

lagipun,musim panas ini juga mudah menyebabkan pembakaran hutan berleluasan.

penduduk sekeliling sudah rasa panas dan dahaga.

jangan merosakkan kesegaran udara!

susahlah pernafasan kita!

tahu tak!!!

pilihanraya semula mca!

akhirnya,hari ini akan tiba pada 28.3.2010.

semua dalam rancangan naib timbalan pengerusi,chua.

nampahnya,beliau akan berkuasa tidak lama lagi jika mendapat kepercayaan dan undian terbanyak.

tapi,skadal video dan moral akan menjadi halangan beliau tak?

ada siapa yang lebih berkemampuan lagi tak?

tak tahulah saya!

harap-harap lakonan dan aksi drama lama jangan dipanjangkan lagi!

ppp menjadi parti berdikari?

ppp akan menarik 30000 orang ahli yang mendaftar menjadi pengundi sebelum jun ini demi memperolehi persetujuan bn sarawak menerima mereka sebagai parti politik.

sebelum ini,mereka mempunyai 8840 orang ahli sarawak.

mereka tidak akan memaksa bn sarawak menerima mereka kerana setakat ini mereka dalam proses pertubuhan.

mereka juga tidak akan menyertai pilihanraya dun sarawak kali ini.

mereka akan kekal berdikari sebelum matlamat dicapai.

sebenarnya,siapa ketua dan kesahihan ppp masih menunggu keputusan mahkamah.


krisis atau pembersihan dalaman pkr?

semakin banyak ahli pkr keluar parti!

saya rasa ini bukan kerja pembersihan dalaman pkr.

kerana ahli pkr keluar secara peribadi dan sukarela.

mereka bukan dipaksa atau dihukum.

mereka keluar parti dengan tidak puas hati dengan adanya alasan masing-masing.


krisis ini berlaku disebabkan oleh jawatankuasa displin kurang berkuasa dan berkemampuan bertindak mengikut isu semasa.

kedua ialah kualiti ahli pkr tidak terjamin kerana sistem pemilihan kemasukan ahli terlalu longgar.

ketiga ialah terlalu bergantung kepada keputusan anwar ibrahim.

gabungan prs dengan spdp?

spdp kini terbahagi kepada 2 bahagian.

satu bahagian ingin bergabung dengan prs dengan secepat mungkin kerana bekas setiausaha diturunkan pangkat menjadi timbalan ketuaparti.

hal ini disebabkan ketua parti tidak mengikut janji untuk mengekalkan kedudukan semua ajk.

demi mengatasi masalah tersebut,ketua parti telah menukar ahli perunding dalam kumpulan rundingan perggabungan kedua-dua parti.

tapi,ketua parti prs lebih jawatankuasa lama dalam perundingan.

selain itu,mereka juga menukar logo mereka menjadi lebih moden.

nampahnya,keinginan ketua prs dan kumpulan rundingan lama ialah spdp masuk prs.

tapi,ketua dan bahagian lain spdp tidak akan setuju secara terburu-buru.

kerana banyak soal masih perlu dibincangkan seperti:kepentingan ahli-ahli bangsa cina,pembahagian jawatan,pembahagian kawasan undi dan sebagainya.

mana beras subsidi 15%?

sejak permulaan tahun 2010,rakyat lapisan miskin tidak dapat memperoleh beras bersubsidi lagi.

hal ini disebabkan kerajaan tidak berjaya menapis golongan mana yang boleh diberi bauncer beras bersubsidi.

golongan tersebut sudah menunggu 2 bulan,tapi belum ada lagi berita dan akhbar.

nasib baik,harga petrol dan elektrik tidak dinaikan seperti yang dicadangkan.

kalau tidak,bagaimana golongan miskin menghadapi ombak tersebut.

harap-harap beras tersebut dapat diagihkan di pasaran lagi!

rindulah kami terhadap beras bersubsidi!

05 Mac 2010

bila kolej laila taib jadi universiti?

ketua menteri sarawak mengatakan 3 hingga 4 tahun.
tapi,wakil rakyat sibu dan bekas pemilik kolej ucs,datuk wong soon koh mengatakan 2012 pada awalnya.(sebelum taib mahmud umum)
siapa betul,siapa silap?
nampahnya,tarikh bila kolej laila taib jadi universiti masih mengelirukan rakyat dan penduduk sarawak.
tapi,pastinya ialah antara 2012 hingga 2014!
awal atau lewat,lihatlah usaha dan kecekalan mereka.

20 Februari 2010

barisan mesra nasional

sekarang,barisan masional mula mengambil kira candangan mahu memberi ruang untuk ngo,parti dan calon mesra bn masuk kompenen bn.

adakah begitu mudah?

setakat mana kuasa bagi mereka yang masuk?

ada peluang bertanding dalam pr dan berkedudukan dalam bn?

pengehadkan kuasa akan berlaku berleluasan tak?


banyak persoalan dan syarat perlu difikirkan bagi kedua-dua pihak sebelum bertindak.

jangan gila memperoleh sokongan dan undi sehingga kurang berfikir dalam.

hari kedua akhir untuk mengemaskinikan blog saya!

pada hari ahad,21.2.2010,adik saya akan bertolak ke miri untuk meneruskan pelajarannya.

jadi,saya tiada peluang untuk mengemaskinikan laman blog saya selepas pukul 11 am.

oleh itu,saya hanya akan mengemaskinikan blog saya apabila adik saya kembali pada cuti yang akan datang.

19 Februari 2010

ucs menjadi kolej laila taib

kolej ucs telah ditukar nama menjadi laila taib untuk mengingati isteri ketua menteri sarawak yang meninggal dunia pada tahun lalu.

kolej tersebut akan menjadi universiti dalam 2 tahun kemudian iaitu:2012.

datuk wong soon koh menjualnya dengan harga rm1 kepada sarawak foundation.

segala pentadbiran dan tenaga manusia dalam kolej tersebut akan dikekalkan.

umno salah guna universiti?

kali ini,pas melapor kes ini kepada sprm mengenai penyalahgunaan uitm pahang untuk mengadakan konvesyen umno negeri.

adakah perbuatan ini dibenarkan?

kerana umno ialah parti politik.


biasanya,universiti sering dilarang untuk mengadakan aktiviti politik.

mahasiswa pula dilarang mengadakan atau menyertai aktiviti berkenaan.

kerana wujudnya akta ouku dan akta uitm.


orang yang mewujudkan undang-undang sengaja melanggar undang-undang.

seperti:membaling batu terhadap kaki sendiri.

kalau kerajaan bn berhasrat untuk mengubal undang-undang tersebut,lain kali jangan melarang pihak lain terutama pihak pembangkang menggunakannya.

pada tahun lepas,umno negeri johor(parit raja) juga menggunakan uthm sebagai tempat mengadakan konvesyen pada masa persekolahan.
mahasiswa berkhidmat sebagai sukarelawan.
pada masa tersebut,tpm,muhyiddin dijemput untuk merasmikan konvesyen itu.
bendera didirikan sepanjang jalan menuju ke arah uthm.
majlis makan dan ceramah diadakan dalam dewan uthm.
kejadiaan ini berlaku pada bulan july.

adakah tempat tersebut dibayar sewa atau digunakan secara percuma?

adakah tempat tersebut digunakan di luar masa mahasiswa belajar?

semua ini perlu disoalkan agar kepentingan pihak tertentu tidak terancam.

peranan pm najib dengan tpm muhyiddin

sekarang,peranan pm dengan tpm semakin jauh berbeza.

najib berperanan watak merpati,muhyiddin seperti helang.

najib bermuka putih dan muhtiddin bermuka hitam.

semua tindakan tersebut adalah untuk kepenting parti umno pada pr ke-13.

najib ingin memenangi undi golongan tengah dan muhyiddin mahu mengekalkan undian kaum melayu.

tindakan ini memang bersesuaian dan bijak.

harap-harap peranan najib lebih berat dariapda muhyiddin dan janganlah berlakunya perebutan kuasa lagi seperti:pentadbiran pak lah.

18 Februari 2010

hukuman sebat atau merotan

hukuman sebat atau merotan akan diadakan setelah persalah dibuktikan kesalahannya dalam jenayah syariah.

kes kartika telah ditangguh semasa musim perayaan hari raya.

sekarang masih belum lagi melaksanakan hukuman.

tapi hukuman bagi tiga kes yang berlaku pada disember 2009 hingga tahun ini telah dilaksanakan secara senyap tanpa diketahui orang awam.

najib datang sarawak lagi.

selepas ramai menteri datang ke sarawak,najib akan membuka rasmi beberapa projek bekalan elektrik di kuching dan saratok serta menyambut tahun baru cina bersama dengan masyarakat cina di sibu.

selain itu,lawatan dan makan malan bersama dengan pemimpin kompenen juga akan dijalankan dalam perjalanan ke sarawak selama 3 hari 2 malam iaitu:21-23.

pelbagai lapisan masyarakat dan media massa meramalkan pilihanraya dun negeri sarawak yang semakin berhampiran telah menarik perhatian pm ke sarawak.

jangan selalu mengaitkan kedatangan ahli politik dengan pilihanraya.

kerana masih jauh untuk mengadakan pr-sebelum 20 mei 2011.

lagipun,langkah-langkah ini cuma penyediaan pilihanraya.

ppp datang ke sarawak.

ppp merupakan parti kompenen bn di semenanjung.

parti tersebut telah sampai di sarawak dan memulakan kerja menerima ahli parti.

mereka mengatakan tidak akan menyertai pilihanraya dun sarawak kali ini.

akankah ppp menyertai pilihan raya selepas ini?

umno telah berjaya masuk dan menyertai pilihanraya sabah.

sebenarnya umno juga telah masuk sarawak dan menarik ahli.

cuma belum lagi menyertai dalam pilihanraya.

parti politik semenanjung semakin berleluasan untuk mengekalkan kuasa dan nyawa dalam gelagat politik.


peraturan,undang-undang......

ini diadakan untuk orang ramai supaya mematuhi demi keamanan dan kebaikan bersama.

tapi terdapat lapisan masyarakat dan golongan tertentu sengaja melanggar peraturan dan undang-undang.

kerana mereka bersikap mahu cabar sama ada pelaksanan undang-undang yang berkesan.

mereka juga mencari kelonggaran dan menggunakan hati baik pihak lain.

harap-harap keseimbangan tercapai supaya kepentingan semua lapisan terjamin.

jangan pihak sebelah dan ......!

17 Februari 2010

utusan melayu,perkasa,......

walaupun banyak lapisan masyarakat menyatakan mereka racist,tapi mereka mempunyai hak untuk menyampaikan pendapat mereka kepada golongan mereka.

kita tidak boleh melarangkan mereka dan menyerangnya dengan kurang rasional.


kalau kita meneruskan boikot atau melarangkan mereka dengan carakasar lagi keras,kita sendiri yang cari pasal dan menunjukkan kita lebih kurang sama dengan mereka - iaitu:mempertahankan hak golongan tertentu.

jadi,kita biarkan mereka bersuara.

dengan ini,kita mampu mengetahui pendapat dan pandangan mereka.


kalau mereka kehilangan tempat bersuara,susahlah kita mahu memahami perasaan dan pemikiran mereka.

bukankah kita mahu mengetahui mereka?

biarlah agenda berjalan!

ada motif atau tujuan sebaliknya akan diketahui kemudian hari.

kebendaan dengan kemoralan

pengaruh kebendaan amat menarik jiwa dan perhatian manusia.

demi mengurangkan pegaruhnya,kita memerlukan kemoralan.

bagaimana dan di mana kita memperoleh kemoralan?

dari pendidikan moral dan ajaran agama.

selain itu,subjek falsafah juga merupakan pilihan yang tidak boleh dinafikan.

setiausaha politik

pada masa kini,masalah penglibatan setiausaha politik dalam kes rasuah semakin meningkat.

adakah mereka tidak setia dan tidak sanggup berusaha lagi?

ataupun mereka terlalu setia terhadap majikan mereka sehingga berusaha bersama-sama dengan ahli politik untuk makan rasuah?

atau mereka difitnah?

harap mereka menjaga maruah dan nama baik diri serta sanggup berjuang untuk kebaikan rakyat.

bunga api dan mercun tahun ini

disebabkan kegawatan ekonomi berlaku pada tahun 2008,pembakaran bunga api dan mercun tahun 2010 berkurangan.

di kawasan tempat tinggal saya hanya bernyala sehingga 30 minit sahaja.

bagi tahun-tahun dulu,pemabakaran ini berlaku sekurang-kurang 2 jam.

selain itu,pembakaran juga bukan sehari sahaja.

nampahnya,ramai orang masih berada dalam keadaan yang baru pulih dari kelukaan kegawatan ekonomi.

16 Februari 2010

rancangan rtm dan tv3.

  • isu.
  • di luar lingkungan.
  • suara siswa.
  • aduan rakyat.
  • forum islam.
  • soal dan jawab.
  • ......

saluran satelit china

berita

  • feng huan 1
  • feng huan 2
  • channel newsasia
  • russia tv
  • tv5
  • .....


hiburan

-nyanyian

  • channel v
  • azio

-drama

  • xing kong
  • tvb8
  • cetv

-wayang

  • macautv

dokumentari

-suntv

amerika dengan china

amerika berbaik-baik dengan china pada permulaan penemuaan.

dengan cara ini,amerika mahu menguji suara dalaman china.

amerika memerhati china disebabkan china semakin berkembang dari segi ekonomi dan pertahanan tentera.

selain itu,amerika juga meminjam duit dari china setelah menghadapi kegawatan ekonomi.


adakah china begitu kuat sehingga mengugut kedudukan satu amerika?

belum lagilah!

china masih dalam permulaan pertumbuhan setelah silap perjalanan.

kerisauan amerika juga berkaitan dengan pengeluaran barangan buatan china secara berleluasan.


janganlah saling bermusuhan!

biarlah persahabatan terjalin demi kebaikan sedunia.

satelit china

saluran ini dilarang di semenanjung.

tetapi,sarawak tiada akta tersebut.

jadi,pemasangan saluran satelit china semakin hari semakin berleluasan.


kenapa kejadian ini berlaku?

hal ini disebabkan saluran tersebut adalah percuma.

harga barang jatuh dari rm250 hingga rm150.

terdapat 12 saluran bahasa cina.

terdapat saluran arab,rusia,singapura,germany,perancis dan india.


jadi,sambutan ini akan mendatangkan peluang pekerjaan di sarawak.

seperti:pemasangan,pembaikian dan pencarian saluran.

15 Februari 2010

kepada sesiapa yang marah orang babi dan anjing:

orang selalu marah orang tidak akan sedar diri bahawa sebenarnya perbuatan tersebut tidak disukai oleh tuhan.

babi dan anjing kurang suci dalam al kitab suci lama bagi orang yunani dan al quran bagi orang muslim.

tapi,adakah orang yang merokok adalah suci?

adakah orang yang selalu marah tanpa waras adalah baik?

biarlah tuhan masing-masing menilaikan orang.

kerana orang hanya lihat muka dan permukaan.

tuhan menilai orang menerusi hatinya.

kerana segala kelakuan dan perbuatan adalah lahir dari hati.

kalau seseorang itu menilai orang lain haiwan tak suci,adakah dia sendiri suci?

fikirlah sebelum buat penilaian!

rindu sarawak!

semasa saya bertugas di melaka,saya merindui tempat halaman saya.

saya terpaksa bertugas di melaka.

apa-apa yang saya lalukan dan mengenaimu telah menjadi kenanganku.


mampukah saya lupakan?

dapatkah saya mencari pengantimu?

aku rasa tiada tempat yang lebih daripadamu.

kerana di sana tiada kenanganku dan tiada orang kesayanganku.


bilakah saya dapat balik ke sisimu?

mampukah kamu tunggu saya kembali?

di melaka,saya nampak bintang dan bulan yang sama di sarawak.

tiada sebarang pembezaan.

tapi,saya rasa kurang sesuatu.

bila masa sesuai,saya akan memberitahu anda.

perasaan,emosi.

susah saya mahu kesan kehadiran anda.

kewujudan anda selalu susah diramal perubahanmu.

adakah kamu di luar kawalanku?

mereka selalu pandam dalam hatiku.

saya jarang luangkannya kepada orang lain.

saya tahu kesannya buruk bila dia mengebom.

saya cuba membaiki eq saya dengan aktiviti membaca.

harap membaca boleh membantuku.


memulihkan lukaku!

saya selalu cendera dalam permainan manusia.

menipukan diri merupakan kerja harianku.

kenapa saya tidak mahu menerima apa yang diberi dan diatur untuk saya?

kenapa saya suka mencerobohi pemberian orang lain?

tak tahu bilalah baru saya sedar?

mungkin saya terlalu gilakan kebebasan membuat pilihan dan inginkan ruang besar untuk melalui segalanya.

haiwan pupus?

adakah saya seperti haiwan yang hampir pupus?

saya takut dilukai.

memerlukan terselindung.

takut ancaman.

lepaskan semua!

kenapa saya melepaskan kerja swasta dan kerja awam?

  • sifat mengelak berkomunikasi dan beremosi dengan orang lain.
  • hidup dalam impian dan alam imaginasi.
  • melarikan diri semasa menemui masalah.
  • bersifat kewanitaan.

kawasan putihku!

banyak persoalan timbul.

aku rungsing.

lebih baik aku meninggalkannya.


saya akan bersemuka dengannya pada masa depan.

tak lama lagi!

saya akan buka beg tersebut.

lalu simpan apa yang berguna dan buangkan apa yang sia-sia.

bagi yang belum perolehi,akan saya cari dan simpan dalam beg itu.


saya tetap saya.

saya tetap musuh diriku.

saya menghalang diri menjadi manusia biasa.

mengurung diri dengan rantai besi dengan mangga merupakan kerja asas.

bagi kerja seterusnya,akan saya buat pada masa yang sesuai.

catur dan tuannya

saya ibarat sebiji catur dalam pegangan orang lain.

adakah saya bebas?

betulkah saya ada pilihan?

kerana ketentuan dan hakikat selalu memain kita.

mungkin segala evolusi dan reformasi merupakan sejenis ilusi.

susah kita menikmati hasilnya.

tapi,saya akan berjuang dan lawan.

ada sesiapaboleh teman saya dalam misi ini?

siapa boleh mewarnai kehidupan saya?

kerana ia penuh dengan hitam dan putih.


aku masih mencarimu!

siapa engkau?

di mana engkau berada?

jauhkah engkau dariku?

lagu dan mtv barat

semakin berunsur sex.

memaparkan perempuan yang berpakaian sikit sehingga hanya bra or underwear dan beraksi sex.

adakah ini sesuai jika ditonton oleh budak kecil?

kalau remaja yang belum berfikiran mantang,mereka mudah untuk terjebak ke gejala sosial yang tidak sihat.


sudahkah kita sedia menghadapi semua ni?>

bukan tak boleh mempunyai mtv seperti itu!

cubalah didik dulu sebelum menonton.

dekatilah anak anda dan berkawan dengan mereka.

janganlah kesal selepas perkara sedih dan tidak diingini berlaku.

14 Februari 2010

cara namewee cinta malaysia

namewee mengembangkan bakat dan kemahiran menggunakan ruang media massa di negara sendiri selepas kembali malaysia walaupun banyak orang berhijrah ke luar negara kerana kekurangan peluang kerja prosesional dan ketidakadilan taraf kewarganegaraan.

impian namewee ialah menjadi pengarang lakonan.

terdapat beberapa iklan telah dilakon oleh namewee.

banyak video dipaparkan di youtube menunjuk dia mempunyai gaya tersendiri dan tempatan.

harap namewee mampu menunggu medan untuk menunjukkan kebolehannya.

allah,tuhan,god......

god dalam bahasa inggeris.
tuhan dalam bahasa melayu.
allah dalam bahasa arab.

perbezaan dalam maksud allah dengan yang lain ialah tuhan yang satu.

kata nama khas.

boleh diggunakan oleh agama islam,yahudi dan nasrani.

sesetengah agama kristian juga boleh menggunakan allah seperti:saksi-saksi yahuwa.

kristian lain kurang sesuai kerana mereka percaya tuhan ialah trinity.


sebenarnya,kristian jarang menggunakan allah untuk menyembah tuhan kecuali sib-sidang injil borneo.

mereka menggunakan bible dari negara indonesia.

jadi,mereka sering menyebut allah dalam sembahyang.


sebenarnya,tidak banyak mazhab menyebut allah.

janganlah banyak menyiram minyak ke atas api kecil atau menyebur garam atas kawasan berluka.

hal ini disebabkan orang kristian yang ada sebut allah hanya akan berbuat di kawasan gereja dan tempat yang tertutup.

lagipun,bukan semua muslin tidak tahu beza allah yang disebut oleh kristian.


tiada sesiapa yang paling benar kerana masing-masing menganggap diri punya kepercayaan ialah kebenaran.

mereka terlalu angkuh dan tidak bersedia untuk mengenali antara satu sama lain.

mereka juga kurang melihat perkara tersebut melalui sudut sejarah.


apa-apa saja.

segala agama mementingkan keamanan,keadilan dan peraturan.

setiakawan didahulukan,keamanan diutamakan.

13 Februari 2010

namewee nyanyi lagu perayaan tahun baru cina

namewee masih namewee!

dia mengekalkan gayanya iaitu:kritikal dan cakap kasar.

saya mengaum cara kritikalnya.

tetapi sila kurangkan kasar.

kerana cara halus juga berkesan dalam sesetengah bidang.

cubalah gaya ini!

kerana saya menanti-nantikan namewee yang berlainan.


dalam lagu tersebut,dia kritik tiada kepelbagaian cara menyampaikan persembahan.

lirik-lirik lagu yang berulang-ulang berpuluh tahun.

lirik lagu kurang logikal dan tidak sesuai untuk suasana dan budaya malaysia.

nyayian lagu terlalu mengikut cara tradisi iaitu:pakai baju merah.

lagu-lagu salin daripada china.


nasib baik,tahun ini tiada syarikat penerbit mengeluarkan lagu tahun baru cina.

kalau tidak,pasti namewee lagi tidak puas hati.

harap-harap namewee buat lebih banyak lagu dengan ciptaan dan gaya tersendiri

perayaan tahun baru cina,valentine

masa budak,gila-gila dengan perayaan kerana sekolah bercuti.

masa remaja,rasa bosan dan berpura-pura.

kenapa berpura-pura?

kerana mahu berlakon.

adakah kehidupan manusia ialah sebuah lakonan?

saya berlakon untuk siapa?

pastilah untuk saya!

kerana saya tetap saya!

12 Februari 2010

kebebasan dengan bertanggungjawab

anda bebas untuk melakukan segala aktiviti dan kegiatan.

akan tetapi,anda kena tanggung akibat dan kesan kelakuan dan perbuatan anda.

jika anda rasa diri tidak bersalah,anda dikehendaki jawab apa soalan yang dipersoalkan seperti yang diadakan di mahkamah.

jadi,kita patut bebas,tanggung,jawab dan berfikir.

pelajaran melaka

  • banyak menyedari sifat dalaman saya.
  • lebih mengenali diri sendiri.
  • berjaya menguruskan badan sebanyak 15kg.
  • memperolehi simpanan wang yang berlipat ganda.
  • mendekati cara hidup kaum melayu dan muslim.
  • membuktikan kebosanan jika berada di tempat bukan asal.
  • bukan miskin hanya mempunyai duit.
  • mempunyai peluang untuk membuat amal.
  • bulan di luar bukan lebih bulat dariapda tempat berasal sendiri walaupun kepuasan dari segi kebendaan lebih memuaskan.
  • sarawak mempunyai kemudahan budaya cina.

prinsip dan pelan tahun 2010

  • meningkatkan nilai moral dan murni
  • bergaul orang ramai dengan rasional
  • berbaik-baik dengan segala benda hidup
  1. mempelajari pendidikan buddha
  2. membaca,mengkaji,berfikir,membuat kesimpulan
  3. mengarang
  4. menyertai ngo,perubuhan,kesatuan dan sebagainya
  5. melabur
  6. mendekati orang yang berilmu
  7. meluangkan pendapat dan pendirian diri

bagaimana sifat manusia terbentuk semasa tumbesaran?

  • latar belakang keluarga
  • suasana
  • hubungan
  • peranan ibu bapa
  • bilangan ahli keluarga
  • kewujudan saudara mara
  • pengaruh luar-kawan,media massa,masyarakat,alatan canggih
  • pilihan sendiri.

air

  • istimewa dalam kehidupan harian.
  • suci dalam upacara agama.
  • mengajar manusia sifat menerima,mudah alih dan berguna

rtm-siaran radio,televisyen

semenanjung

radio

  • 988
  • my fm
  • one fm
  • ikim (melaka)
  • ai fm

tv

  1. rtm1
  2. rtm2
  3. tv3
  4. ntv7
  5. 8tv
  6. tv9


sarawak

radio

  • cat fm
  • ai fm
  • red fm
  • sibu fm

tv

  1. rtm1
  2. rtm2
  3. tv3
  4. ntv7

derma atau bantu dengan ikhlas

  • tanpa harapkan balasan
  • mengikut keperluan penerima
  • sama rata
  • mendatangkan parhala

mencontohi tuhan atau langit menurun hujan dan mencurahkan cahaya matahari secara saksama tanpa mengira hati manusia.

dunia luar dengan dunia temporang

  • cara hidup
  • displin
  • peraturan
  • pendidikan
  • pergaulan
  • kelebihan dengan kelemahan
  • perhatian

agama = politik

persamaan

  • lambang mengetuai
  • sokongan bawahan
  • kesan kehidupan


perbezaan

  • tuhan lawan manusia
  • keamanan dan kacau bilau
  • sempurna dan campuran baik buruk

agama-agama di malaysia

  • mementingkan upacara wuduk.
  • orang cari tuhan.
  • solat dalam 5 waktu.

  1. memihak upacara daripada pendidikan.
  2. golongan agama tidak seperti yang sepatutnya.
  3. campuran dengan ajaran 'tao'.

  • mempercayai dewa-dewi memainkan banyak peranan dan bermuka berlainan pada masa yang berbeza.
  • haiwan-gajah,lembuadalah suci,tidak dibunuh.
  • api adalah suci.

  1. trinity-bapa,anak dan tenaga
  2. cakap bahasa ibunda
  3. bapti dengan air atau merendamkan badan air

'tuan tanah' tidak pandai

  • kira-kira.
  • kreaktif.
  • fikir.
  • menjaga displin.
  • menjaga kebersihan.
  • ......

tapi

pandai

  • menikmati kebendaan
  • mengikut istiadat,sembahyang
  • mengikut prosedur
  • berpendirian teguh
  • menjaga kebajikan

suasana parti-parti politik malaysia terkini.

bn

umno-kukuh,tapi terbahagi golongan 'helang dan merpati'.

mca,mic,gerakan,spdp,ppp,spr-kecoh dalaman kerana perebutan kerusi parti.

supp-ketuaan dan penangguhan penubuhan dutong.

pbb-aman cuma masalah cawangan batu kawah.


pr

pkr-wujud masalah katak dan ular.

dap-kekauman.

pas-kukuh kerana ahlinya taat setia atas prinsip agama islam.


bebas dan berdikari

parti cinta malaysia-lebih mirip ngo,tempat kilang katak dan kaki buangan.

sdpp-kukuh kerana ketua parti mempunyai wawasan dan berani.


sabah

kurang pasti keadaan.

tapi wujudnya perebutan kedudukan antara kompenen bn.


kakitangan kerajaan

  • surat-meyurat
  • prosedur
  • masa keluar
  • politik pejabat
  • layanan
  • masa sembahyang
  • amanah
  • sistem hukuman
  • pembaharuan
  • kawasan
  • melindungi
  • ......

satu malaysia,malaysian's malaysia,middle malaysia...

malaysia kita.

negara kita.

satu?

orang malaysia punyai?

golongan tengah?


semua ini hanya seruan politik.

1 malaysia-menerangkan malaysia bukan hanya saja semenanjung malaysia,sebaliknya kewujudan sabah dan sarawak amat penting dalam proses mewujudkan hari dan pertubuhan malaysia.

oleh itu,pm telah mengumumkan 16.9 ialah cuti malaysia bagi tahun ini pada tahun lepas.

satu tersebut juga mahu mendekati hubungan antara semua kaum dan lapisan pentadbiran sehingga kakitangan kerajaan dengan rakyat.


orang malaysia punyai malaysia mementingkan satu indetiti punyai tanah air dan persamaan antara kaum.

rakyat bebas dalam pemilihan agama,pendidikan dan tiada wujudnya hak keistimewaan bagi kaum tertentu.

semua kaum sama rata dan saksama dalam pelaksanaan sesuatu polisi.


lapisan tengah punyai malaysia merupakan seruan kedua dap setelah seruan 1 iaitu:malaysian's malaysia.

ini mementingkan kebebasan dan hak sebagai manusia.

terutamanya golongan yang berpendapatan sederhana tinggi.

golongan tersebut merupakan golongan king maker kerana cara pengundian mereka tidak sama dengan lapisan kaya dan miskin di malaysia.


jadi,mana satu malaysia lebih bermakna untuk rakyat?

biarlah kamu tentukan!

kerana kamu semua ada hak untuk mengundi dan memilih parti untuk menubuhkan kerajaan.

melaka bandar bersejarah dan warisan sedunia

saya telah berada di melaka selama 5 bulan.

melaka digelar sebagai tempat warisan sejarah sedunia kerana mempunyai banyak bangunan seperti : kedai,rumah dan muzium lama.

selain itu,budaya barat seperti:portugis,belanda,inggeris dan kepelbagai kaum di melaka juga diberi keberatan di kawasan melaka.


akan tetapi,kebanyakan banunan buatan manusia telah didirikan di kawasan bandar bersejarah tersebut.seperti:kubu pertahanan,kuncir angin dan air,roda eye on malaysia.

pengisian tanah di kawasan pantai juga berleluasan.


gerai-gerai dan kedai-kedai jualan barang hiasan,lukisan seni dan cenderamata juga mudah ditemui.

terdapat satu pentas persembahan di joker walk.

pusat beli belah yang berjenama juga berada di pusat pelancongan tersebut.


kita juga boleh mengunjungi keseniaan bina bangunan agama.

perkhidmatan kapal pelancangan juga disediakan untuk kemudahan orang ramai untuk menikmati angin dan pemandangan selat melaka.


yang mengejutkan lagi ialah logo satu malaysia mudah ditemui di mana-mana tempat di melaka.

logo tersebut seperti pantung yang dibina untuk seruan kerajaan dalam usaha mewujudkan suasana keharmonian sesama kaum.


inilah saya perhati di melaka dari segi pusat pelancongan.

cita-cita baru saya - ahli pemikir atau ahli falsafah

setelah menceburi diri dalam banyak kerja,saya mengetahui saya bukan seorang pelaksana dan pratikal tetapi mampu imaginasi serta berfikir.

selain itu,amalan suka membaca surat khabar dan mengejar ilmu yang luas lagi dalam telah menunjukkan satu jalan yang cerah untuk saya.


akan tetapi,menjadi seorang ahli pemikir dan falsafah bukan begitu mudah.

saya rela mengejar lalu menemui kebenaran dan terpaksa melepaskan kebendaan dari segi penikmatan.

cabaran saya ialah bagaimana mahu mengekalkan kos kehidupan saya dan ahli keluarga saya.

kedua,bagaimana mahu mulakan langkah perjalanan tersebut kerana kekurangan tunjuk ajar yang boleh rujuk.


yang boleh saya fikirkan ialah mencari ruang dalam surat khabar untuk meluangkan pendapat dan pandangan saya.

kemudian,menyertai pertubuhan atau kesatuan bukan kerajaan atau kumpulan kerja amal.

dengan peluang dan pendekatan tersebut,saya mampu mendekati orang ramai dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.

sebelum mengadakan 2 langkah yang disebut itu,saya perlu membina pendirian saya.

hal ini disebabkan saya masih berada keadaan kelam kabut dan kurang jelas pendirian saya dalam segala soal.


dulu,saya ingatkan diri sendiri neutral dan lalu menggunakan unsur baik serta menyinggirkan unsur yang buruk.

semua ini tak cukup!

saya perlu lagi satu pandangan iaitu bagaimana menyatukan sesuatu tanpa selalu membezakannya.

kerana baik wujud dalam buruk,buruk wujud dalam baik.

bukan segala baik adalah baik.


harap-harap saya tidak mensia-siakan usaha tersebut dan mampu menjalankan kehidupan saya dengan bermaruah lagi bermakna.

cita-cita baru saya - ahli pemikir atau ahli falsafah

setelah menceburi diri dalam banyak kerja,saya mengetahui saya bukan seorang pelaksana dan pratikal tetapi mampu imaginasi serta berfikir.

selain itu,amalan suka membaca surat khabar dan mengejar ilmu yang luas lagi dalam telah menunjukkan satu jalan yang cerah untuk saya.


akan tetapi,menjadi seorang ahli pemikir dan falsafah bukan begitu mudah.

saya rela mengejar lalu menemui kebenaran dan terpaksa melepaskan kebendaan dari segi penikmatan.

cabaran saya ialah bagaimana mahu mengekalkan kos kehidupan saya dan ahli keluarga saya.

kedua,bagaimana mahu mulakan langkah perjalanan tersebut kerana kekurangan tunjuk ajar yang boleh rujuk.


yang boleh saya fikirkan ialah mencari ruang dalam surat khabar untuk meluangkan pendapat dan pandangan saya.

kemudian,menyertai pertubuhan atau kesatuan bukan kerajaan atau kumpulan kerja amal.

dengan peluang dan pendekatan tersebut,saya mampu mendekati orang ramai dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.

sebelum mengadakan 2 langkah yang disebut itu,saya perlu membina pendirian saya.

hal ini disebabkan saya masih berada keadaan kelam kabut dan kurang jelas pendirian saya dalam segala soal.


dulu,saya ingatkan diri sendiri neutral dan lalu menggunakan unsur baik serta menyinggirkan unsur yang buruk.

semua ini tak cukup!


saya perlu lagi satu pandangan iaitu bagaimana menyatukan sesuatu tanpa selalu membezakannya.

kerana baik wujud dalam buruk,buruk wujud dalam baik.

bukan segala baik adalah baik.


harap-harap saya tidak mensia-siakan usaha tersebut dan mampu menjalankan kehidupan saya dengan bermaruah lagi bermakna.

perubahan pandangan saya terhadap paul satre-pendirian eksistensialisme

walaupun paul satre telah menganggap dirinya pencipta eksistensialisme,tapi terdapat beberapa orang ahli falsafah lagi layak daripadanya.

hal ini disebabkan paul satre telah jatuh dalam lubang kesedihan dan kehampaan yang terlalu dalam sehingga menyusahkan diri sendiri.


penemu ahli falsafah eksisitensialisme telah membuka jalan setelah jatuh dalam kehampaan terhadap hakikat kehidupan.

iaitu:memikul tanggungjawab dan menjaga kebajikan dan keamalan orang lain.

saya telah mengetahui semua ini daripada sebuah buku falsafah sejak kebelakangan ini.

saya berasa syukur kerana telah menemui jalan penyelesaian bagi keadaan yang dihadapi oleh paul satre.


selain itu,ajaran dan pendidikan buddha juga bersesuaian untuk saya dalam penyelesaian hati yang terlalu suka membuat pembezaan daripada penyatuan.

jadi,saya akan meneruskan perjalanan saya dengan tabah hati dan lebih bermakna daripada masa lalu.

saya janji pada diri sendiri!