12 Februari 2010

cita-cita baru saya - ahli pemikir atau ahli falsafah

setelah menceburi diri dalam banyak kerja,saya mengetahui saya bukan seorang pelaksana dan pratikal tetapi mampu imaginasi serta berfikir.

selain itu,amalan suka membaca surat khabar dan mengejar ilmu yang luas lagi dalam telah menunjukkan satu jalan yang cerah untuk saya.


akan tetapi,menjadi seorang ahli pemikir dan falsafah bukan begitu mudah.

saya rela mengejar lalu menemui kebenaran dan terpaksa melepaskan kebendaan dari segi penikmatan.

cabaran saya ialah bagaimana mahu mengekalkan kos kehidupan saya dan ahli keluarga saya.

kedua,bagaimana mahu mulakan langkah perjalanan tersebut kerana kekurangan tunjuk ajar yang boleh rujuk.


yang boleh saya fikirkan ialah mencari ruang dalam surat khabar untuk meluangkan pendapat dan pandangan saya.

kemudian,menyertai pertubuhan atau kesatuan bukan kerajaan atau kumpulan kerja amal.

dengan peluang dan pendekatan tersebut,saya mampu mendekati orang ramai dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.

sebelum mengadakan 2 langkah yang disebut itu,saya perlu membina pendirian saya.

hal ini disebabkan saya masih berada keadaan kelam kabut dan kurang jelas pendirian saya dalam segala soal.


dulu,saya ingatkan diri sendiri neutral dan lalu menggunakan unsur baik serta menyinggirkan unsur yang buruk.

semua ini tak cukup!


saya perlu lagi satu pandangan iaitu bagaimana menyatukan sesuatu tanpa selalu membezakannya.

kerana baik wujud dalam buruk,buruk wujud dalam baik.

bukan segala baik adalah baik.


harap-harap saya tidak mensia-siakan usaha tersebut dan mampu menjalankan kehidupan saya dengan bermaruah lagi bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan