30 Mei 2009

saya sudah kembali dan akan kembali!

saya berasa gembira dan bangga kerana memperoleh peluang lagi untuk menwarnai ruang atau laman blog saya.
setelah 3 bulan tak menulis blog ini,saya berasa diri sendiri telah menuju ke arah "titik tengah" dan tidak terlalu kanan atau ke kiri.
saya memperolehi "titik tengah" menerusi pendidikan buddha.
walaupun saya mendekati pendidikan buddha,tapi tidak bermakna saya menerima sepenuhnya sebelum mengkaji lebih dalam dan menelitinya.
kerana saya tetap dalam pendirian neutral saya supaya saya mempunyai kebebasan untuk mengenali ajaran dan pendidikan yang bersebar turun-menurun ini.

satu berita baik untuk semua iaitu:saya mungkin berpeluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan di semenanjung setelah meletak jawatan sebagai kerani di hotel tanahmas sejak 1 tahun yang lalu.
jawatan tersebut ialah sebagai pembantu pembangunana masyarakat.
tapi masih menunggu keputusan temu duga pada 15 jun.
kalau ini tidak berjaya,saya akan menerima temu duga sebagai jurubahasa cina dalam mahkamah pada 16 jun.

sekarang,saya mulai memerhati forum dan kegiatan persatuan-persatuan dalam masyarakat setelah lama membaca buku di rumah.
saya mula rasa bosan dan tidak tahan lagi kerana saya telah menghilang banyak peluang untuk bertemu dan berbual dengan orang lain dalam masyarakat.
walaupun saya jarang dan kurang senang hati semasa berhubung dan berbual dengan orang lain,tapi saya cuba meluangkan lebih banyak masa untuk membiarkan diri sendiri bergaul dengan orang ramai dan membiarkan pendapat orang lain menerusi fikiran saya.

mungkin suatu hari nanti,saya akan mencari dan menuju ke jalan atau arah tengah.
kerana falsafah eksistensialisme bukan sangat sempurna.
falsafah ini terlalu melindungi diri sendiri dan akan membahayakan diri saya apabila saya menjauhi dari golongan masyarakat walaupun falsafah ini menepati sifat dan ciri-ciri peribadi saya.

tetapi,saya tidak akan buang sepenuhnya eksistensialisme.
saya akan mengekalkan ciri-ciri baik eksistensialime dan membuangkan kesan buruk eksistensialisme dengan mencampur-adu falsafah atau fikiran lain dengan eksistensialisme.
saya belum mengenalpasti jenis falsafah dan buah fikiran yang menyesuaikan diri saya lagi.
saya tetap akan berusaha untuk mendekati kebenaran tersebut dengan tidak berputus asa.

tunggulah jenis baru saya kembali!
ia akan kembali dengan imej baru pada masa depan.
harap-harap pembaca blog saya memberi cadangan dan "bahan asas" untuk membina semula diri saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan