31 Mei 2009

soal upacara agama......

saya adalah seseorang yang kurang mementingkan upacara agama.
sebaliknya,ajaran dan pendididkan agama yang saya mengambil berat.
kalau terlalu banyak upacara agama diadakan,hilanglah makna ajaran agama.

mungkin upacara tersebut hanya sesuai untuk sesetengah golongan sahaja seperti:mereka yang sibuk,berpendididkan rendah dan kurang mengambil kira kepentingan rohani.
tapi,ajaran dan pendidikan agama juga perlu mengambil kira kemampuan dan fahaman seseorang pelajar.
kalau tidak,seseorang itu tidak mendapat faedah daripadanya.

saya berasa kecewa kerana kebanyakan agama masa kini lebih mementingkan upacara dan penyembahan luaran sahaja.
sesetengah pihak hanya mementingkan pembinaan bangunan yang besar dan mewah.
tiada maknalah kalau tiada asas iaitu:ajaran dari segi rohani.

sesetengah upacara agama membawa makna misteri.
mungkin penganut banyak,tapi saya rasa tiada makna dan tidak mudah mahu memahami niat mereka berbuat demikian.
adakah mereka ini ialah golongan yang ikhlas ataupun hanya golongan yang ada niat jahat.
saya kurang mampu menilainya,cuma rasa banyak misteri yang perlu dibongkarkan.

ini adalah pengalaman saya dalam mengikuti suatu upacara buddha:
saya kurang senang hati dan timbulnya banyak soalan dalam otak saya telah menyebabkan saya tidak dapat masuk tidur dengan senang dan mengalami mimpi yang panjang.
berlainan mimpi akan muncul selepas saya masuk tidur lagi.

setelah saya menghadiri bahagian buddha yang berlainan aliran iaitu:aliran yang mementingkan ajaran dan pendidikan,saya mula dapat masuk tidur dengan senang.
tetap gejala mimpi masih menghantui saya.
nasib baik keadaan mimpi yang panjang ini masih macam dulu iaitu selepas bangun,saya masih ingat bahagian akhir.
selepas itu,isi mimpi sudah dilupai oleh saya setelah melakukan aktiviti harian saya.

jadi,saya masih dalam keadaan memerhati keadaan ini.
menurut kajian sains dan pendidikan buddha,keadaan ini ialah kejadian seseorang yang tidak lena tidurnya.
harap-harap keadaan ini dapat diatasi setelah saya menemui kaedah baru.

upacara agama,janganlah menghantui saya!
kerana anda terlalu misteri dan kurang mempunyai asas yang kukuh.
saya pasti akan membongkarkan muka sebenar anda atau menjauhi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan