28 Mac 2009

notis penting!!!

disebabkan adik saya akan bertolak ke miri untuk melajutkan pelajrannya,saya tidak dapat menulis blog saya lagi.
hal ini disebabkan laptop ini dimiliki oleh adik saya.
saya mungkin akan meneruskan blog saya apabila cuti dan kepulangan pada bulan jun ini.

saya telah meletak jawatan saya sebagai pengerusi kelab rakan muda lanang kerana pasukan ahli jawatan ini kurang melibatkan diri dalam mesyuarat dan aktiviti yang dirancangkan.
lagipun,kakitangan jabatan belia dan sukan tetap memilih seseorang yang tidak dapat menghadiri mesyuarat bulanan kerana tinggal di rumah panjang menjadi timbalan setiausaha.
apa motifnya dan fungsi orang tersebut?kecantikan atau 。。。。。。?
kekosongan ahli jawatankuasa yang banyak ni menyusahkan perjalanan kelab ini.

satu lagi sebab kecil saya meletak jawatan tersebut ialah kakitangan pejabat belia dan sukan merancangkan karnival sukan tanpa memberitahu ajk kami telah memalukan kita sebagai pengerak aktiviti dan program remaja.
sepucuk surat pun tidak diterima oleh saya mengenai aktiviti tersebut.
karnival sukan ini akan diadakan selama satu minggu pada 21 april,manakala ajk bagi tahun 2009 baru dipilih pada 19 march.
bagaimanakah ajk kelab ini mahu menjalankan aktiviti besar ini dalam masa kurang daripada sebulan kerana saya menerima khabar ini pada 25 march apabila saya mencetak minit mesyuarat di pejabat itu.
kalau saya tidak muncul di pejabat tersebut,mungkin saya masih belum tahu karnival sukan tersebut.

saya juga terpaksa menyediakan minit mesyuarat depan kerana setiausaha belum dipilih lagi.
hal ini disebabkan hanya 6 orang ahli hadir pada mesyuarat tersebut.
3 daripada 6 orang tersebut ialah pelajar tingkatan 5.
tak dapatlah mereka berkhidmat sebagai ajk walaupun aktif dalam kelab.
mereka merupakan pengerusi,pemeriksa kira-kira dan setiausaha lepas.

haiz!
perkara-perkara di dunia ini memang di luar jangkaan kita semua.
terpaksalah kita menerusi semua ini dengan berdebar hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan