02 Jun 2009

asas - bukti kewujudan sesuatu kejadian atau kebendaan!

semua benda yang hidup atau yang tidak hidup serta kejadian yang berlaku pasti mempunyai asas yang kukuh dan tidak dapat dihilangkan kesan dan kewujudannya.
disebabkan manusia masa kini dipenuhi dengan pelbagai jenis maklumat dan muslihat,kita semua telah kehilangan arah dan kurang mementingkan asas kepada sesuatu kejadian dan kebendaan.
asas ini merupakan kebenaran yang paling universal dan tidak dapat diubah lagi.

kita semua mesti mengingati asas universal ini seperti:masa,ruang,tenaga dan zarah-zarah.
semua yang ternyata di atas itu tidak dapat dihilangkan atau dicerobohi.
semua ini di luar kawalan manusia dan bertindak dengan hukum sendiri.

bagi benda bukan hidup,asanya terdiri daripada zarah-zarah.
bagi benda hidup yang ringkas,asasnya ialah memenuhi keperluan seperti: makan,bernafas dan bertindak mengikuti rangsangan.
bagi benda hidup yang komplek,keperluan untuk memenuhi pemikiran pula dipentingkan.
jadi,ini merupakan titik perubahan taraf kehidupan benda hidup dari peringkat rendah kepada yang tertinggi.

oleh itu,manusia mempunyai keperluan untuk mencari kebenaran.
ramai orang memcari kebenaran menerusi agama,sains dan falsafah.
siapa lebih mendekati kebenaran,saya tiada komen.

janganlah lupakan hubungan antara asas dengan keperluan.
kita semua cuma dapat mendekati kebenaran dan tidak dapat memperolehi kebenaran dengan sepenuhnya.
hal ini disebabkan manusia mempunyai bantasan tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan