08 September 2009

hari ini 09.09.09......

adakah hari ini bermakna untuk saya?

sebenarnya,hari apa pun tidak mempengaruhi saya.
kerana saya menghargai setiap hari dengan menggunakannya dengan bermakna - penuh nilai murni dan mengawal diri daripada jebak dunia ini.

adakah saya merupakan seseorang yang bosan dan terlalu bermoral serta baik hati?
kerana saya selalu dianggap ketinggalan zaman dan mudah 'dipijak' oleh orang lain termasuk budak di tempat kerja saya.

adakah saya perlu mengubah stail dan cara hidup saya?
saya masih berada dalam proses pencarian dan prosedur memastikan kesesuaian sesuatu cara dengan kebenaran hidup.

saya rasa beban di kepala semakin berat kerana terlalu banyak menggunakan akal.
keadaan ini seperti:nombor 9 - berat di bahagian kepala dan ringan pula pada bahagian kaki.
hal ini disebabkan saya kurang menyenangkan diri dan kekurangan keyakinan diri.

mungkin saya terlalu memaksa diri sendiri!
harap-harap saya mampu bebas dan mempunyai ruang kosong seperti:nombor 0.

tapi,bebas tersebut adalah bebas jenis bertanggungjawab.
haiz!saya membebankan diri lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan