02 September 2009

muka surat baru dalam kehidupan saya.

setelah saya telah berjaya dalam temu duga bagi pembantu pembangunan masyarakat dalam jabatan kebajikan masyarakat,kehidupan saya telah diberi peluang untuk hidup semula.
selepas kursus induksi khusus,saya ditempatkan di rumah budak laki-laki tun abdul aziz,durian daun,melaka.

saya diberi peluang dan suasana untuk mendekati orang melayu(muslim),orang india dan kanak-kanak.
saya amat menghargai peluang yang diberi ini.
saya akan mengalaminya dengan ikhlas tanpa mengira lapisan,kaum,latar belakang,agama dan sebagainya.

di melaka yang digelar bandar bersejarah,saya menikmati suasana satu malaysia.
tempat yang pernah saya lawati ialah kapal portugis,gereja belanda,eye of malaysia,dataran pahlawan,masjid yang bercorak dan berbudaya cina dan sebagainya.

tugasan saya dalam sektor awan ini ialah menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak dalam institusi.
semua kakitangan diberi peluang untuk menjadi 'duty officer' seperti selaku 'duty manager' dalam sektor swasta.
satu 'kelebihan' sektor awan ialah sistem borang yang bersistematik.

harap-harap muka surat baru ini akan meninggalkan warna-warni dalam kehidupan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan