02 September 2009

pelacur agama?pengkhianat agama?

saya neutral dalam soal agama.
jadi saya bebas untuk mendekati apa jua agama di sekitar tempat yang saya berada.

yang saya tidak dapat menerima dan kurang senang hati ialah upacara agama dan peraturan-peraturan yang dianggap sebagai kebenaran.
tapi,saya sangat suka mendekati ajaran dan fahaman dalam kepelbagaian jenis agama di malaysia.

mungkin saya dalam proses mencari kebenaran.
kekurangan keselamatan dalaman juga merupakan salah satu sebab saya membuka diri dalam mengejar kebenaran dalam mendekati pelbagai jenis agama.

jadi,saya mudah diserang oleh pelbagai pihak agama kerana saya dianggap sebagai pengkhianat dan 'pelacur agama".
tapi,tujuan saya mendekati pelbagai jenis agama ialah meningkatkan nilai moral dan rohani diri sendiri.

saya tidak mahu mempengaruhi orang lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pihak di dunia ini.
harap-harap anda semua yang salah faham terhadap saya akan memaafkan dan cuba memerhati saya lebih dalam.
kamu akan menemui jati saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan