12 Oktober 2009

hari ini...

hari ini,saya berasa bersyukur kerana budak-budak di tempat saya berkhidmat telah menerima peranan saya dalam institusi.
mereka telah mengetahui jati diri saya adalah berlainan dengan pengawai lain.
mereka mungkin tersinggung perasaan atau kekurangan kasih sayang daripada kakitangan yang sebelum ini.
jadi,mereka lebih suka menunjukkan perasaan mereka dengan cara menjerit dan mengutuk.

saya memerlukan kesabaran dan mengekalkan pretasi tersebut jika saya mahu bergaul mesra dengan budak-budak tersebut.
saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk hidup bersama-sama dengan mereka.
ini adalah kerana keadaan dan suasana ini dapat meneroka sifat kemanusiaan dan meningkat semua nilai murni yang belum ditemui oleh saya.

adakah anda gembira dengan tugasan dalam bidang kerja anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan