02 Oktober 2009

perubahan saya setelah tinggal jauh daripada keluarga

dulu,saya hanya akan bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin jika mencapai kestabilan ekonomi.
tapi,saya telah berubah pemikiran saya.

saya tukar keputusan bukan disebabkan saya tidak mampu menjaga diri sendiri.
cuma saya rasa bosan jika bersendirian di ruang rumah kosong.
saya tidak tahan lagi dengan keadaan yang senyap dan tiada kecerian dalam saat hidup saya.

saya juga telah berubah menjadi tidak mengambil kisah terhadap kepentingan diri sendiri.
saya menerima sesuatu dengan lebih terbuka terutamanya jadual waktu dan arahan bertugas.
ini adalah untuk keselamatan dalaman dan kedamaian hati yang saya perlukan.

selain itu,saya mungkin akan mengubah prinsip mendekati segala fahaman agama kerana saya semakin menjauhi tuhan atau upacara.
saya akan mengekalkan semangat 'tidak kepada upacara agama'.
kerana saya semakin percaya dan menerima agama adalah hasilan sejarah manusia dan ciptaan manusia.

adakah perubahan ini sihat?
bukanlah saya dan anda dapat tentukan!
saya akan membuat penilaian dan pertimbangan semula dari semasa ke semasa.
segala perubahan saya mempunyai sebab dan alasan tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan