19 Jun 2009

karangan blog terakhir saya dalam laman blog ini.

saya akan menjadi lebih sibuk setelah memperoleh surat panggilan spa.
perkara yang perlu saya uruskan ialah:
  • menjalani pemeriksaan perubatan di klinik atau hospital tempatan.
  • membuat akuan sumpahan di hadapan hakim mahkamah sesyen.
  • memberli tiket kapal terbang.
  • urusan bank.
  • beli barangan harian.
  • melaporkan diri bertugas ke jabatan pada tarikh 11.7.09.
  • melaporkan diri dan mengemukakan salinan surat setuju-terima pelantikan spa.
  • menandatangani surat aku janji di hadapan ketua jabatan.
  • isi borang tapisan keselamatan.
  • hadir kursus induksi.
  • lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan.
saya cuba sedaya dalam kehendak yang ternyata di atas.
kalau ada masa lapang,memperoleh sebuah komputer atau laptop dan perkhidmatan wireless,saya akan mengemaskinikan blog saya.
harap-harap pembaca blog saya bersabar menunggu kepulangan saya.
sekian terima kasih dan selamat tinggal dalam dunia blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan