01 November 2009

basikal terpakai!

basikal merupakan alat pengangkutan yang paling ringan dan mudah alih.
basikal menjimat kos dan tidak akan mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar.
tapi,basikal hanya sesuai untuk perseorangan dan bukan untuk sekeluarga.

pada masa kini,jarang orang menunggang basikal.
sebaliknya,hampir semua keluarga mempunyai kereta sejak pengeluaran kereta perodua yang bersaiz kecil.
penjualan motosikal dan basikal bermotor juga telah mengugat perjualan basikal.

setelah 2 bulan berjalan di kawasan melaka,saya bercadang untuk membeli sebuah basikal untuk meringankan saya.
kerana saya perlu berjalan 20minit atau 30 minit ke tempat sembahyang.
kalau pergi pusat beli belah,saya memerlukan 45 minit.
pilihan pertama saya ialah basikal terpakai.

tidak banyak kedai basikal yang saya jumpa di melaka.
saya hanya jumpa sebuah sahaja.
tapi,saya selalu tiada peluang untuk bertanya harganya kerana saya tidak mahu mengganggu tauke kedai pada awal pagi dan kedai tersebut tertutup pada hari ahad.
jadi,saya terpaksa berjalan sebelum memiliki basikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan