01 November 2009

kaum,agama...

isu kaum dan agama sering berhubungkait dengan keamanan sedunia.
perhatikanlah peperangan yang berlaku di sesebuah negara!
kamu akan berasa hairan kenapa agama yang menyebarkan khabar keamanan akan mencetuskan tragedi yang tidak diingini.

sebenarnya semua manusia adalah sama.
sama sama mempunyai keperluan,keinginan,matlamat dan impian.
yang berbeza cuma warna,bahasa dan budaya.
adakah ini menghalang anda untuk mencapai kesatuan tak?

bagaimana dengan agama pula?
pelbagai agama pada masa kini penuh dengan upacara.
pemimpin dan guru agama juga suka menggunakan cara mengkaburkan mata penganut dan memuliakan sesuatu.
biarlah kita fikirkan adakah manusia sendiri yang menciptakan agama atau tuhan yang menciptakan manusia.

janganlah bertindak secara berbuta tuli kerana perbuatan tersebut akan membahayakan diri anda dan orang lain.
ingat!
manusia sebenarnya penuh dengan kelemahan dan kurang bersatu padu untuk menentang kuasa atau tenaga luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan