04 November 2009

ruang!

adakah ruang itu merupakan kawasan kosong?
atau ia mempunyai keupayaan untuk menerima apa-apa sahaja yang mahu masuk ke dalamnya?
saya tak reti.

tapi,saya tahu banyak orang inginkan ruang terutamanya kaum lelaki.
ruang tersebut mendatangkan keamanan hati dan merupakan tempat selamat bagi semua lelaki.
tempat itu jarang dibenarkan untuk dimasuki oleh orang lain terutamanya kaum perempuan.

mungkinkah ia penuh dengan rahsia?
saya tak tahu kerana orang yang berlainan mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan ruang tersebut.

ruang angkasa juga merupakan ruang yang masih dikaji oleh semua saintis terutamanya lubang hitam.
adakah lubang hitam itu kosong?
kenapa ia mampu menyerap segala benda ke dalamnya?
apa yang berlaku terhadap benda yang diserapnya?
aku tak tahu bagaimana menjawabnya.
kerana ia susah untuk difahami seperti ruang yang diingini oleh kaum lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan