23 Mac 2009

ciri-ciri eksistensialisme!!!

Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
  • Kebebasan jasmani
  • Kebebasan kehendakKebebasan moral
  • Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan.
Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

petikan ini adalah daripada http://infoshare.2bryan.com/education/references.php?bc=Y29kZT1BRU1TMzAxMyZsPTU=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan