21 Mac 2009

rumah saya dinaikkan ketinggian lantainya!

disebabkan rumah saya selalu dibanjiri,langkah menaikkan ketinggian lantai akan dilaksanakan untuk mengelakan keadaan dimasuki air berlaku lagi.

kos pembayaran belum diketahui jumlahnya dan akan dijelaskan jumlahnya selepas penyelesaian kerja menaikkan lantai.
nenek saya mungkin akan membiayai kebanyakan kos tersebut kerana ini adalah cadangan beliau.

harap-harap rumah saya tidak akan ditarik balik oleh kerajaan walaupun geran tanahnya adalah 999 tahun.
kalau tidak,projek naikan taraf lantai di rumah saya adalah sia-sia sahaja.
hal ini disebabkan kerajaan bn pernah bercadang mahu mengambil kawasan rendah di sibu iaitu:bukit assek,tiong hua,hua kiew,tong sang dan sebagainya untuk digari menjadi taman tasik pada tahun 1996.

sebenarnya,sibu merupakan tempat yang rendah dan tapak tanahnya semakin hari semakin terhakis.
inilah yang membimbangkan penduduk di sibu.
kawasan yang disebut di atas sekarang sudah menjadi rumah sewa kepada kaum iban yang berpendapatan rendah.
hanya golongan cina yang tua dan miskin masih tinggal di kawasan asal mereka.

harap-harap tiada perubahan mendadak.
kalau tidak,matilah penghuni di kawasan rendah sibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan