17 Mac 2009

ideologi yang diperkenalkan oleh kawan saya!

kawan saya ini amat mementingkan unsur sains.
dia menyeru saya supaya mengamalkan pandangan universal supaya kita memperolehi hukum universal.
ini dapat membantu kita lebih mendekati kebenaran dengan menggunakan hukum universal kerana dengan adanya hukum ni,kita lebih mudah memahami hukum yang lebih kompleks lagi.

dalam bahagian pertama,dia memperkenalkan benda di universal ini dibahagikan kepada benda hidup dan bukan hidup.
terdapat perbezaan antara benda hidup dan bukan hidup iaitu:taraf.
benda hidup bertindak kerana wujudnya hasrat,manakala benda bukan hidup tiada hasrat.
benda hidup yang berada di taraf paling tinggi-manusia,mereka bertindak kerana wujudnya hasrat dan upaya berfikir.

kewujudan universal ialah masa,ruang,tenaga dan zarah-zarah.
tetapi,pertukaran benda bukan hidup kepada benda hidup masih belum mendapat apa-apa teori yang sah.
kerana tiada sesiapa yang hidup pada masa silam dan membuktikan kejadian tersebut.
ini bahagian pertama yang dijelaskan olehnya.

malam ini,dia akan meneruskan bahagian kedua-manusia.
saya amat menanti-nantikan masa tersebut-9pm.
kami akan berhubung menerusi msn messeger kerana dia berada di johor,saya pula berada di sarawak.

harap-harap saya dapat memperolehi manfaat dalam perbincangan tersebut dan melaksanakan hukum atau prinsipnya dalam kehidupan harian saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan