19 Mac 2009

isu israel dengan palestin!

Pasukan Hamas sering mengganggu Israel dengan serangan roket kecil kerana Israel telah banyak membuat sekatan dalam perjalanan penghantaran barang keperluan dan senjata ke Gaza.
Pihak Israel juga menggunakan dan mempermainkan isu penyerangan kecil Hamas ini untuk menyerang balik pasukan Hamas di Gaza,Palestin.
Tetapi tindakan Israel ini telah banyak mengorbankan nyawa penduduk di kawasan Palestin.
Hal ini berlaku berleluasan disebabkan serangan bom Israel terhadap pasukan Hamas di kawasan pendiaman Palestin.
Ini adalah kerana pasukan Hamas selalu bersembunying dalam kawasan tersebut.

Sebenarnya,golongan Hamas tidak diterima oleh kerajaan Palestin walaupun menang majoriti dalam pilihanraya di Gaza.
Ini adalah kerana pasukan Hamas dianggap sebagai pasukan pengganas.
Dalam peperangan tersebut,Israel telah mendapat sokongan diam-diam di belakang Amerika kerana golongan Yunani merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi Amerika.
Ini dapat dibuktikan apabila Presiden Obama menyatakan perasaannya yang tidak puas hati terhadap kejadian Israel selalu diganggu oleh pengganas Hamas.
Beliau mengibarat serangan pasukan Hamas terhadap Israel sebagai rumah belakangnya dibakar oleh jirannya dan telah mengancam nyawa anaknya dalam rumah tersebut.
Sebagai tuan rumah,beliau tidak akan diam diri.
Beliau pasti akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperhentikan gangguan dan kekacauan tersebut.

Faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku tiada berkaitan dengan isu agama.
Sebaliknya berkaitan dengan isu keluasan tanah yang diperoleh.
Pihak Israel mahu meluaskan kawasannya supaya dapat membina semula negara Israel.
Pasukan Hamas pula mahu mempertahankan tanahnya dicerobohi oleh zionis.
Walaupun kawasan yang lebih luas telah diperolehi oleh Israel setelah beberapa peperangan yang dimulakan oleh palestin,tetapi pihak Israel masih belum puas hati.
Selain itu,tekanan pilihanraya yang hampir tiba itu turut membebankan pihak kerajaan Israel untuk mengambil tindakan untuk menyerang balik demi menjamin keselamatan penduduk Israel.Ini telah mencepatkan dan mengawali tarikh serangan askar Israel terhadap Palestin.
Kalau tidak berbuat demikian,pihak pembangkang di Israel pasti akan memainkan isu tersebut untuk menyerang pihak kerajaan israel demi mendapat kemenagan dalam pilihanraya yang akan datang.

Walaupun tindakan Israel ini telah menguji hubungannya dengan Amerika,namun hubungan kedua-dua negara tersebut masih kukuh lagi erat seperti adik beradik.
Ini dapat dibuktikan apabila pihak Amerika membuat undian rosak dalam mesyuarat PBB walaupun negara-negara lain melarangkan serangan tersebut.
Sebagai kehormatan kepada upacara presiden baru iaitu Presiden Obama,pihak Israel telah memperhentikan serangan dan tindakannya ke kawasan Gaza.
Sebenarnya tindakan Israel mengundur diri dari kawasan Gaza ini bukan saja menunjukkan kehormatannya terhadap presiden baru Amerika,malah perbuatan ini juga merupakan balasan Israel terhadap Amerika yang membuat undian rosak dalam mesyuarat besar PBB.
Ini adalah kerana pihak pertahanan Amerika tidak menyusahkan dan menjatuhkan imej,muka dan maruh negara Israel dalam mesyuarat PBB.

Sejak kebelakangan ini,Israel masih membuat serangan kecil terhadap kawasan Gaza setelah kehabisan tempoh pendamaian yang dijanjikan.
Ini telah menunjukkan sikap Israel yang mementingkan diri sendiri serta sanggup mengorbankan nyawa dan hak penduduk di negara lain demi pembinaan semula negara.
Hentikanlah kekejaman tersebut kerana kita semua merupakan manusia yang berdarah dan berakar sama.
Marilah menyeru bersama-sama seruan permuafakat merupakan titik permulaan kita menuju ke arah keamanan!

(hasilan penulisan ini adalah untuk majalah uthm)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan