14 Mac 2009

forum mafrel di sibu,sarawak!

mafrel sibu telah menjemput ong boon kiong,selaku koordinator wilayah utara mafrel dari pulau pinang untuk menjelaskan kepentingan peranan mafrel dalam pilihanraya malaysia dalam forum mafrel semalam.

beliau akan bertolak ke kawasan dun batang ai untuk memerhati proses perjalanan pilihanraya kecil setelah dijemput oleh spr malaysia.
menurut beliau,24 pemerhati di kawasan batang ai akan dilantik supaya 24 buah tempat mengundi dapat diperhatikan dan dijalankan secara bebas dan adil.

mafrel merupakan ngo yang neutral dalam pendirian politik walaupun sesetengah ahlinya terdiri daripada ahli biasa parti politik.
semua ahlinya merupakan ahli sukarela.
bilangan yang paling banyak dalam pemerhatian pilihanraya yang lepas ialah 600 orang.

walaupun bilangan pemerhati jauh lebih kurang daripada negara lain,tetapi peranan mereka masih penting dalam memastikan ketelusan pilihanraya dan telah memberi tekanan yang cukup besar kepada spr,kakitangan kerajaan dan parti bn sebagai kerajaan sementara.

sebenarnya,sistem pilihanraya negara kita masih jauh di belakang negara miskin seperti:pakistan dan bangladesh.
keadaan sistem dan proses pilihanraya negara jiran seperti:thailand,filipina,indonesia,brunei dan sebagainya juga lebih bersih daripada tanah air kita.

kuasa spr adalah tertinggi dalam proses pilihanraya,ketelusan senarai nama pengundi,pendirian neutral kakitangan kerajaan,kecekapan polis dalam mencengah politik wang,penglibatan ngo dalam dan luar negara dalam pemerhati pilihanraya serta kebebasan dan kesamarata media massa dalam kempen pilihanraya merupakan contoh yang perlu dipelajari oleh negara kita.

pemerhati dalam setiap tempat mengundi perlu memerhati keadaan dan suasana tersebut sepanjang kempen pilihanraya hingga hari pengundi.
mereka perlu menganalisi dan mengambil gambar sebagai bukti serta menyerahkan laporan pada setiap hari demi kebaikan bersama.

kejayaan mereka pada pilihanraya masa lepas ialah mengesan pengundi hantu,politik wang,pemberian beras secara besar-besaran,berkempen pada hari mengundi,mengganggu pengundi,memasang bendara dan poster secara haram,mengadakan jamuan makan secara besar-besaran dan sebagainya.

dalam forum ini,kebanyakan pendegar terdiri daripada pihak pembangkang dan ahli-ahli biasa parti pembangkang seperti:pkr dan dap dari kawasan lanang dan sibu.
terdapat seorang pendengar yang berminat menjadi pemerhati dan sukarelawan dari batang ai turut menyertai forum tersebut.
selain itu,terdapat satu berita baik ialah mafrel bercadang mahu menubuhkan ngo mafrel di setiap kawasan pengundi di sarawak.

harap-harap malaysia boleh menuju ke arah kecerahan dan bukan kegelapan akibat ombak politik yang berlaku dan kesan pertumbuhan serta penubuhan ngo seperti cendawan selepas hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan