17 Mac 2009

pameran dan kempen generasi bebas jenaya di sibu!!!

kempen dan pameran ini diadakan pada hari ahad yang lepas di pintu gerbang sibu.

pasukan yang mengambil bahagian dalam pameran ialah pasukan polis,pertahanan awan,rakan muda,agensi antidadah dan askar wataniah malaysia.

pada permulaannya,pertandingan tarian poco-poco diadakan.
street dance pula diadakan pada tengah hari.
selain itu,dermaan untuk mangsa palestin juga diwujudkan.
pertandingan layang-layang pula diadakan di dataran sibu.

pameran ini telah banyak menarik perhatian remaja iban.
remaja cina tidak ramai mungkin disebabkan mereka lebih berminat berjalan-jalan dalam pasar raya.
selain itu,banyak iban juga memohon menjadi sukarelawan dalam pasukan penyelamat,askar wataniah dan rakan muda.

punca pameran ini mendapat sambutan baik ialah pameran ini diadakan pada musim cuti sekolah.
saya mendapat peluang melawatnya selepas membaca surat khabar di kawasan berdekatan.

dalam lawatan tersebut,saya memperolehi beberapa risalah,poster dan peluang untuk melihat gambar mengenai aktiviti dan kerja penyelamat mereka pada masa tertentu.
selain itu,saya juga telah mendapat peluang untuk menjadi ahli rakan muda.

saya berharap agar remaja masa kini dapat menggunakan tenaga,masa dan semangat mereka dengan melakukan sesuatu yang berfaedah lagi bermakna seperti:kegiatan sukarela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan