20 Mac 2009

kelab rakan muda lanang

kelab rakan muda lanang adalah di bawah bahagian kementeriaan belia dan sukan.

tujuan penubuhannya ialah melaksanakan proram yang berasaskan trnsformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti di kalangan komuniti golongan belia.

terdapat 8 program gaya hidup yang memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja dari segi kemahiran,kepimpinan dan keusahawanan iaitu rakan kecergasan,wajadiri,inovasi,masyarakat,cinta alam,seni budaya,wirausaha dan remaja cyber.

program yang akan diadakan pada bulan april ialah:
  • sukarelawan (gotong royong) 1-3
  • pertandingan futsal 6-9
  • cinta alam 11-13
  • seni budaya (wushu) 16-18
  • klinik grafik (cat) 21-23
  • kem 26-28
  • lawatan ke rumah panjang (27-29)

semua aktiviti dan program yang dijalankan akan terbuka kepada semua remaja secara percuma.

sebenarnya.kelab ini benar-beanr memerlukan remaja yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam perancangan aktiviti dan program.

saya dipilih sebagai pengerusi kerana saya mempunyai masa yang berlebihan untuk perkhidmatan.

kebanyakan remaja masa kini sibuk dalam pelajarannya,aktiviti sekolah,pusat tuisyen dan masa hiburan mereka.
harap-harap remaja dapat memperoleh faedah dan manfaat dalam penyertaan mereka dalam program yang dijalankan.

sila lawatilah laman web http://www.2-u.com.my/
keahlian kelab ini adalah percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan