15 Jun 2009

ada ahli bn mahu lompat ke pkr?

semasa perubahan kerajaan negeri perak,semua ahli pembangkang tegur perbuatan bn yang keji itu.
sekarang,ada khabar bahawa ahli bn di johor dan sarawak mahu jadi katak.
bagaimana pula pendirian pembangkang terutamanya:pkr,dap dan pas pada masa ini.
mungkin ini adalah teknik dan taktik pembangkang mahu menjatuhkan muka bn.

janganlah ambil batu lalu lontar ke arah kaki sendiri.
janganlah membalas dendam terhadap kerajaan bn.
kerana rakyat yang ada 'mata' akan membuat pilihan mereka pada pilihanraya dun sarawak dan pr ke-13.

saya,sebagai rakyat malaysia memang tidak sokong mana-mana pihak lompat parti kecuali anda meletak jawatan sebagai mp atau ahli undangan dun.
bagi pihak yang tiada jawatan kalau mahu lompat,biar saja.
kerana saya benci perbuatan ahli yang tiada bermoral.

jangan biar rakyat malaysia membuat undian rosak baru kamu orang sedar diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan