07 Jun 2009

keikhlasan hati......

ikhlas membawa maksud hati suci,jujur,rela dan tulus.
semasa menghulurkan bantuan kepada orang lain,keikhlasan hati amat dipentingkan kerana hati jenis ini tidak mengharapkan apa-apa balasan.

suci,jujur,rela,tulus dan tanpa mengharapkan balasan.

jadi,semasa kita menolong seseorang kita mesti tiada pemikiran yang serong iaitu:mengharapkan balasan.
semasa memberi pertolongan dari segi kebendaan dan kewangan,kita mestu memberi pertolongan tersebut dengan hasil usaha dan kerja sendiri.
janganlah merompak atau mengambil barangan atau wang orang lain sebgai barangan pertolongan.
selain itu,kita tidak boleh mempunyai niat sebaliknya.
kita harus lurus hati dan berterus terang semasa memberi pertolongan.

terdapat 2 prinsip dari segi atau sudut agama kritian iaitu:
1-janganlah biarkan tangan kanan anda mengetahui anda membuat baik.
2-kalau sudah mendapat pujian dari orang lain,kamu sudahlah menikmati balasan dan pujian.


pada masa kini,ramai orang telah mengambil bahagian dalam 'keretapi' menghulurkan pertolongan.
tetapi,bukannya semua orang mempunyai keikhlasan hati yang berunsur suci,jujur dan tulus.
sesetengah pihak memberi bantuan dengan berniat mendapat balasan dan kepujian orang lain.
balasan boleh dalam bentuk mendapat pujian,sokongan,hubungan mesra,berkat dari dewa,tuhan atau hasil perbuatan baik dan mendapat kenamaan.

dalam ajaran buddha,terdapat 3 prinsip iaitu:
1-membantu orang dengan perasaan gembira ataupun tiada perasaan.
2-mengetahui 'yin' dengan 'guo' dan 'yen'.iaitu sebab,hasilan dan balasan perbuatan tersebut.
3-bertindak secara automatik kerana pelikiran yang sihat dan berkemampuan ataupun dipanggil oleh orang lain dan dorongan hati dalaman anda.

inilah saya mahu huraikan pada hari ini sahaja.
harap dapat membantu orang ramai mendapati cara yang benar dalam kegiatan atau proses menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan