18 Jun 2009

kualiti rtm dalam siaran parlimen semakin merosot.

setelah memerhati rancangan tersebut selama 4 hari,saya mendapati bahawa semua rakaman pihak pembangkang yang menanya soalan lisan telah dipotong oleh rtm.
rakaman ini digantikan dengan wawancara dengan ahli parlimen.
ini membosankan saya kerana mereka asyik berucap.
tiada pendapat bernas dan bermakna serta membosankan.
semua rakaman fokus kepada jawapan menteri dan soalan pertanyaan dari mp bn.

adakah cara ini adil dan saksama?
adakah ini boleh dipanggil siaran langsung lagi?
semua ini telah berubah keadaannya apabila berkas menteri penerangan yang berfikiran terbuka ditukar kepada rais yatim yang berfikiran tertutup.
beliau selalu cakap tidak sama bikin-saya memberi ruang kepada kakitangan rtm menentukannya.

jadi,saya mengambil keputusan untuk menutup saluran siaran langsung dari parlimen rtm jika saya dapat menonton siaran menerusi laptop.
ini adalah sebagai tanda saya tunjuk perasaan kurang manis kepada pihak yang terlibat dalam pengatur siaran tersebut.
sebenarnya saya ialah peminat rancangan rtm kerana siaran ini adalah percuma dan semakin hari semakin berkualiti.

harap-harap rtm dapat mengekalkan kualiti masa lampau yang dikendalikan oleh berkas menteri penerangan.
kalau tidak,golongan muda akan hilang minat terhadap 'kebenaran' yang disiarkan oleh rtm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan