18 Jun 2009

namewee akan ditangkap atas sikap lampau dalam nyanyian negarakuku.

walaupun namewee telah meminta maaf atas masalah yang ditimbulkan oleh lagu 'negarakuku',tapi menteri penerangan tetap mahu mengambil tindakan terhadap namewee.
akta hasutan mungkin akan digunakan terhadap namewee yang suka nyanyi lagu yang berunsur rap perasaan tidak puas hati terhadap isu-isu semasa dan masalah yang menghantui malaysia.
tindakan masih dalam perbincangan dengan pendakwaraya negara.
bagi pihak yang bersikap tertutup,mereka akan menganggap namewee seseorang yang agresif dan suka menyentuh isu sensitif malaysia.
selain itu,namewee yang suka cakap kasar juga sering diminta mengambil balik video rapnya daripada terus bersiar di youtube.

sejak dia balik ke malaysia,namewee telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam iklan permainan komputer pada bulan februari dan rekod video 'pulang rumah memang bagus' pada bulan jun.
rekod video tersebut adalah perjalanan namewee berjalan balik dari taiwan ke negara ibundanya dengan melalui 6 buah negara seperti china,hong kong,laos,vietnam dan thailand untuk membuktikan kualiti yang ada padanya dalam bidang media massa.
sebenarnya beliau merupakan seseorang pemalu di depan orang.
dia lurus hati dan menwakili golongan bawahan dan muda untuk menunjukkan perasaannya terhadap negara asalnya.

lagu baru namewee iaitu:lagu 'johor bahru' dan 'perkataan jay chou'.
lagu jb mementingkan kes jenayah,keselamatan awam dengan pihak polis.
lagu perkataan jay chou menyatakan banyak kaum cina telah hilang minat dalam memperlajari bahasa asal cina.
dia sering mengambil berat terhadap isu keselamatan,kes jenayah dan dilemma malaysia.
saya sering mengikuti perkembangan namewee kerana dia serupa raja petra yang bersikap lurus tapi namewee tidak mainkan isu politik.
kadang kala dia lebih serupa dengan jack neo di singapura kerana dia kritik kerajaan dengan menggunakan cara lucu dan mudah memahami semua lapisan masyarakat.

harap-harap namewee dapat selamat daripada hukuman tersebut kerana namewee memang merupakan wakil pemuda yang berani menyuarakan dilemma malaysia.

2 ulasan:

  1. Kita ada cara.. kita ada batas.. kita ada undang2 yang perlu dijunjung.. Dan sejarah kita merdeka pun bukan dengan buluh-buluh runcing atau dengan kemerdekaan darah.. tapi dibuat dengan cara berhemat dan rundingan.. kalau pun kita berjiwa muda harusnya kita tidak mengenepikan santun bangsa yang dipegang.. Walau cina, melayu atau India serta lain2 bangsa warga negera Malaysia.. Kedaulatan negara haruslah dijaga.. Bukan dicaci dicerca.. Namewee memang lantang berbicara cuma caranya sahaja tak kena pada tempat.. andaikata lagu itu bukan lagu Negaraku yang diubah suai menjadi negarakuku.. Itu rasanya boleh dipertimbangkan.. rata-rata pihak lain pun tidak mempersendakan lagu kebangsaan kita..

    Pandangan sahaja.

    BalasPadam