19 Jun 2009

kata seruan "mana undian saya" di iran dan perak!

semua ini adalah di luar jangkaan kita semua.
undi kita macam kertas buangan dan mainan politik.
demokrasi palsu muncul di mana-mana tempat dan sudah menjadi alatan ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
  • adakah semua ini kemunduran kita walaupun dunia sedang menuju ke arah kemajuan?
  • adakah demokrasi merupakan cara berpolitik yang sempurna?
  • adakah undian kita dihargai dan dihormati oleh ahli politik?
  • adakah undi kita boleh dibeli dengan wang tunai atau kebendaan?
  • adakah undian remaja diambil berat kerana kebanyakkan mereka tidak dapat undi atas sebab belajar atau kerja di negeri lain?
semua ini di luar jangkaan kita!
apa yang kita mampu lakukan?
marilah bersabar dan bertenang dulu.
kita tidak mahu keadaan seperti iran dan perak berlaku di malaysia lagi.
kita mempunyai hak untuk membuat undian lagi pada pilihanraya umum ke 13 lagi.
biarlah kita memerhatikan gerak geri ahli politik dan membuat keputusan dan pilihan sendiri pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan