17 Jun 2009

pilihanraya dun negeri sarawak semakin dekat!

adakah anda sudah mencapai umur 21 tahun?
adakah anda sudah berdaftar menjadi pengundi?
kerana pilihanraya dun negeri sarawak semakin berdekatan walaupun masa pembubaran dun sarawak ialah tahun 2011.
ini adalah kenyataan daripada ketua negeri sarawak bahawa perubahan kabinet negeri sarawak akan ditangguhkan kerana mahu berusaha bertanding dalam pilihanraya dun sarawak
yang semakin berdekatan.
harap-harap ini bukan satu khabar angin kerana ketua negeri sarawak selalu tukar tarikh perubahan kabinet negerinya,iaitu:sebanyak 3 kali.

kalau ini ialah satu taktik,memang sesuai untuk bertentang dengan pihak pembangkang yang serba kurang dari segi kewangan dan kebendaan.
kerana dalam sejarah dan taktik perang masa lampau china,pihak yang kaya dengan kebendaan sering mempertahankan dalam kubu dan membiarkan lawan atau musuhnya serangnya.
pihak lawan akan kehabisan sumbernya dan tidak tahan lama.
sebaliknya,kalau pihak lawan pandai merancang dan menggunakan sumber yang terhad itu,peluang untuk menjatuhkan pihak serba kebolehan itu bertambah.

di sini,saya berharap agar pilihanraya dun sarawak boleh diadakan dengan secepat mungkin supaya keadaan politik di sarawak dapat dikenalpasti semula.
secara tidak langsung,potensi pihak pembangkang dan daya pertahanan pihak bn dapat ditemu duga oleh semua rakyat sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan