15 Jun 2009

ahli parlimen kena halau semasa permulaan sidang parlimen.

siaran langsung dari parlimen hari ini kurang berkualiti.
kerana siaran langsung kena potong oleh pekerja dan pengacara rtm.
setelah saya membaca berita terkini daripada media massa internet,barulah saya tahu bahawa 5 orang ahli parlimen yang bersuara bubarkan dun perak kena halau dari dewan parlimen sebanyak dua hari setelah nizar bersumpah menjadi ahli parlimen dalam dewan.

rtm memang mahu kena marah kerana tidak mementingkan kebenaran.
sebaliknya mereka melindungi bn dan membayangkan imej buruk terhadap pr yang salah kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat.
pihak pembangkang juga perlu bertanggungjawab kerana salah memilih masa,tempat dan kurang peka terhadap keadaan.
kerana masa itu khasnya untuk soalan lisan sahaja.
kalau mahu bahas soal dun perak,sila bahas setelah soalan lisan.

soalan lisan pertama ialah soalan kepada pm iaitu:gagasan pm 'one malaysia' atau satu malaysia.
selepas itu,siaran langsung kena potong lagi.
apa siaran langsung ni?
macam video bersiar 3 minit sahaja.
patutlah rtm mementingkan hak mengetahui kebenaran rakyat daripada kepentingan kerajaan bn.

biarlah apa yang tidak puas hati lalu!
mari kita menyambut hari baik yang seterusnya dengan hati yang terbuka.
kerana yang ketinggalan memang akan kena tukar dan dibuang dekat sudut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan