17 Jun 2009

penukaran hak milik laman web malaysia-today raja petra.

raja petramerupakan seseorang yang lurus hati.
kita mudah mengetahui mana yang menimbulkan ketidakpuasan hatinya.
beliau menggunakan perkataan yang penuh dengan perasaan dan mudah difahami.
tiada isi tersirat terdapat di sebaliknya.

malangnya,beliau telah mengalami banyak kesulitan.
beliau pernah ditahan bawah isa,diambil komputernya,meninggalkan malaysia,memutuskan hubungan dengan saudara maranya di malaysia,terpaksa tinggal di luar malaysia dan telah memutuskan hubungan dengan anaknya yang suka mencuri.
walaubagaimanapun,beliau masih bebas dari segi rohani.
beliau memang seseorang yang suka mencabar,terbuka,penuh dengan perasaan,berakal dan sebagainya.

malangnya,beliau telah membuat keputusan untuk membuka hak miliknya kepada sesiapa yang ingin menulis blog di laman yang panas lawatan ini.
saya memang bersetuju kita tidak dapat memperoleh persetujuan semua orang.
inilah perasaan raja petra sekarang yang serba kurang apabila terpaksa melarikan diri ke negara lain.
beliau memerlukan sokongan dari segi moral atau kebendaan.
jadi,saya rasa dia mungkin mahu mendapat perhatian semua orang dengan menukar hak milik laman ini terbuka kepada semua orang.
selain itu,beliau berbuat demikian mungkin disebabkan perasaan kesal dan mahu meringankan hukuman kesnya.

harap raja petra tetap raja petra!
saya menantikan anda balik ke malaysia dan bangun semula untuk bersemuka dengan segala tanggungjawab manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan