16 Jun 2009

yang dipertua dewan rakyat dengan keputusan halau.

yang dipertua dewan rakyat,tan sri pandikar amin mulia telah membuat keputusan untuk menghalaukan 7 orang mp yang enggan menanggalkan kain balut hitam yang bertulisan"bubarkan dun perak".
keputusan ini amat sesuai walaupun diberi alasan kain balut hitam bukan pakaian format ahli parlimen.
yang saya setuju ialah tan sri juga mengulaskan sebab utama menghalau mereka keluar ialah mereka menjerit sembarangan untuk memperoleh sokongan politik.

fikirkan kalau semua ahli parlimen dalam parlimen tidak sabar dan jerit sebarangan,bagaimana mesyuarat dapat diteruskan dan bagaimana yang dipertua dewan rakyat mengerusikan mesyuarat lagi walaupun alasan menjerit itu penuh dengan alasan yang boleh diterima.
seperti:seseorang yang telah merompak orang kaya dan memberi semua harta tersebut kepada orang miskin.
adakah dia tidak salah dari segi undang-undang kerana ada alasan yang kukuh?
memang dia didapati salah!
kalau dia dilepaskan sahaja,orang lain akan mencontohinya.
kelam kabut nantilah masyarakat kita.

jadi,saya menyokong tan sri membuat keputusan tersebut.
tan sri telah menunjukkan kesabarannya dalam soal tersebut.
kerana beliau memberi dua kali peluang kepada para mp yang berpakaian kain hitam.
harap-harap mp yang salah boleh insaf diri dan mengubah sikap mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan