03 Jun 2009

panggilan temu duga jawatan kerajaan...

saya menerima surat panggilan temu duga bagi jawatan pembantu membangunan masyarakat pada 4 may 2009.
temu duga akan diadakan pada 12 may di jabatan kebajikan bahagian sibu.
pada 3 jun,saya menerima surat panggilan temu duga lagi bagi jawatan jurubahasa cina mahkamah.
temu duga akan diadakan pada 16 jun selepas keputusan temu duga bagi jawatan pembantu tersebut keluar.

dalam temu duga pertama,saya berasa gembira kerana berpeluang menerima panggilan untuk temu duga.
saya ditanya soalan mengenai jawatan kebajikan,rukun negara dan isu-isu semasa.
kecergasan,tenang hati,kefasihan dan semangat perpanduan amat diperlukan untuk menjayakan temu duga.
pemeriksa temu duga bukan mementingan jawapan tepat,sebaliknya beliau mementingkan kefasihan bahasa malaysia kecergasan otak dan peka terhadap isu-isu semasa.

tidak tahulah sama ada saya ada peluang tak!
kerana banyak penemu duga adalah 20 orang bangsa cina yang berpendidikan stpm.
saya mendapat sijil spm sahaja.
jadi,saya cuma menunggu dan melihat.

kalau saya gagal,saya akan menghadiri temu duga yang kedua pada 16 jun.
kalau berjaya,saya juga akan menghadiri temu duga tersebut supaya mengenali lebih dalam urusan kerajaan.
ini dapat mengkaji kecekapan kakitangan kerajaan.

saya rasa hairan.
mungkin saya gagal dalam temu duga pertama.
kalau tidak,kenapa saya menerima temu duga yang kedua.
satu kemungkinan lagi ialah pengawai atau kakitangan kerajaan yang berlainan bahagian tidak berhubung antara satu sama dengan yang lain .

walaubagaimanapun,saya tetap akan menunggu dan menerima temu duga yang kedua dengan hati yang terbuka.
semoga berjaya kepada penemu duga yang lain!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan