08 Jun 2009

kursus adhidamma di persatuan penganut agama buddha shakyamurni,sibu.

adhidamma mementingkan ajaran proses berhenti dan memerhati sesuatu fikiran.
menerusi ajaran tersebut,kita akan mengenali lebih dalam mengenai proses perjalanan dan latihan hati kita sehingga mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu perlepasan diri daripada kitaran hidup-lahir dengan mati.
dalam kursus tersebut,saya mengetahui bahawa hati cuma merupakan satu proses mengenali aktiviti atau sesuatu matlamat.

hati dibahagi kepada 3 jenis iaitu:budi,tiada budi,balasan dan tiada balasan dan 'yen'.
terdapat 4 cara membezakan hati kita iaitu:
1-ciri-ciri.
2-rasa.
3-keadaan.
4-sebab yang tergantung dalam hati.

hati di peringkat manusia terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1-hati tidak baik-(hati tamak,hati mudah marah,hati kurang akal)
2-hati tiada sebab-(balasan kurang baik,balasan baik,tiada sebab dan balasan serta 'yen'.
3-hati cantik-hati peringkat manusia baik,hati peringkat manusia balasan,hati peringkat tidak balasan dan 'yen'.
hati-hati ini hanya muncul dan lahir dalam dunia nafsu,warna,tiada warna dan di luar dunia.

semua hati ini bukan anggota badan sebaliknya ialah dari segi mental.
hati peringkat manusia penuh dengan keinginan dan deria rasa anggota badan.
inilah yang saya belajar pada hari pertama khusus adbidamma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan