17 Jun 2009

pas kini bermuka dua-seperti ular berkepala dua!

pas kini merupakan parti yang kukuh kerana ahlinya lebih bersetia terhadap partinya jika dibandingkan dengan parti lain.
ahlinya masa kini sedang menghadapi cabaran pertetangan sikap terhadap pelaksanaan hukum islam.
satu bahagian bersikap terbuka,manakala bahagian pula mengamalkan sikap tertutup dalam pelaksanaan hukum islam.
bagi ahli yang bersikap terbuka bercadang mahu keahliannya terbuka kepada semua kaum di malaysia.
bahagian ahli yang bersikap tertutup pula mahu mengekalkan matlamat parti iaitu:menjaga kepentingan umat islam dan orang melayu.

naib presiden pas,nasharuddin,seseorang yang bermuka dua semasa beliau ,mengatakan tujuan perbincangan dengan umno adalah berkaitan dengan kepentingan politik,ekonomi,bahasa dan pendidikan di malaysia.
bukan hanya membincangkan kepentingan umat islam dan orang melayu.
kerana malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang berlainan budaya walaupun melayu merupakan majoriti dalam bilangannya.
yang saya kurang faham ialah kenapa beliau mengatakan sesuatu yang berlainan dengan sidang pas yang lepas.
mungkin inilah sikap ahli politik yang sukar ditukari.

harap-harap ahli politik mampu mementingkan kepentingan segala kaum di malaysia dengan meluaskan perbincangan ini dengan melibatkan ahli bn lain dan pr.
kerana perbincangan ini memerlukan pengawasan dan kawalan daripada semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan